Monday, April 20, 2009

Perfume



Tahukah anda perfumes (minyak wangi) berasal dari Mesir, bukan dari negara Perancis iaitu negara yang dikenali hebat sebagai pengeluar perfumes. Ketika itu, di Mesir, pewangi digunakan untuk berbagai keperluan ritual bermula dari ketika kelahiran anak sehingga ke upacara kematian. Dupa dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk.

Setelah itu, barulah proses pembuatan perfume kian maju dengan adanya proses secara teknologi terkini, iaitu mengambil wangian melalui wap air di dalam proses penyulingan. Setelah itu, barulah hasil penyulingan itu diolah menjadi berbagai jenis campuran essence (pewangi) dan kadar alkohol, di mana setiap jenisnya memiliki ketajaman aroma yang berbeza-beza.

APA ITU EDC, EDT, EDP Perfume

• Eau de Cologne (EDC)
Ini merupakan jenis wangian paling ringan. Itu kerana kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat sekitar 5 peratus campuran pewangi. Jenis ini wangiannya cepat hilang. Jenis ini sesuai digunakan apabila selesai mandi.

• Eau de Toilette (EDT)
Wangian ini satu tahap lebih tinggi di atas cologne. Kadar alkoholnya juga tinggi, walaupun tidak setinggi cologne, sementara kadar pewanginya hanya sekitar 12 peratus. Bila mahu mendapat kesegaran yang boleh bertahan cukup lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang paling ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta boleh bertahan hingga 3-4 jam, sesuai untuk semua keadaan.

• Eau de Perfume (EDP)
Wanginya cukup tahan lama hingga 4-6 jam. Jenis wangian yang ini memiliki kadar alkohol sedikit sementara kadar pewanginya sekitar 15 hingga 22 peratus. Oleh sebab itu, bau wanginya cukup kuat dan tahan lama sehingga lebih sesuai digunakan di malam hari, terutama untuk menghadiri acara rasmi.

• Perfume
Dari semua jenis wangian, jenis ini dia yang paling bertahan lama sehingga 6-12 jam. Kadar aromanya mencapai 22 peratus tanpa campuran alkohol. Tidak perlu terlalu banyak memakai jenis wangian ini kerana wanginya sudah boleh tercium dari jarak yang cukup jauh.

Kalau perempuan kata...



1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you a. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi, maklum la, kaum perempuan ni kan pemalu. hehehe selamat mencuba..

Amalan ayat-ayat Al-Quran




* Untuk mengelak suami/isteri dan anak-anak bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

* Anak-anak pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

* Anak-anak lembut hati and mengelak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan surah Al Hasyr - Ayat 22-24

* Anak-anak malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

* Ayat pendinding :
Ayat akhir surah At Taubah

* Bagi anak-anak yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

* Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray
sekeliling rumah

Sunday, April 12, 2009

UMNO WAJIB TEGAS PELIHARA HAK MELAYU : JAGUH MELAYU



Petikan daripada : http://idealismalaysia.blogspot.com/2009/04/umno-wajib-tegas-pelihara-hak-melayu.html
.
Salam Pejuangan...
.
Kita mulakan dengan isu dalaman BN : MCA nak kuota lebih dalam kabinet (dapat) & jawatan TPM Cina yg mana MICA dah jadi serupa perjuangannya macan DAP manakala MIC ugut keluar BN sbb nak Samy Vellu jadi menteri dah amcam HINDRAF...
.
Pengundian di 3 Pilihanraya Kecil : KAUM CINA 90% SOKONG PEMBANGKANG & kaum india juga hampir 75% sokong pembangkang. Kaum bukan melayu tertarik dengan tawaran pihak pembangkang yang rela menggadaikan hak melayu kepada mereka demi sebuah sokongan dan kuasa walhal bukan melayu sedar ini mengguris hati kaum melayu tapi mereka nak juga sebab tamak dan mahu lebih dari sepatutnya.
.
Pembangkang dengan PKR & PAS diketuai pemimpin melayu buat tawaran demi tawaran kepada kaum bukan melayu yang mana tawaran ini dengan menggadaikan hak bangsa Melayu Islam tanpa memikirkan kesan BURUK dan KEMUSNAHAN kepada survival Islam dan bangsa melayu sendiri yang telah membuka jalan kepada kaum bukan melayu membuat pelbagai tuntutan.
.
Apa akan jadi? survival UMNO dan BN amnya kini kian tergugat... kaum bukan melayu (cina & India) semakin tidak faham kenapa perlunya tolak ansur dan setiakawan... jadi kenapa Melayu perlu mengalah? kenapa asyik kita memberi dan bekorban??? UMNO perlu berubah! UMNO perlu tegas! MCA & MIC perlu di sekolahkan agar halatuju dan aspirasi mereka diperbetulkan sesuai dengan konsep BN asal... Kaum bukan melayu juga perlu disekolahkan melalui agen penerangan kerajaan : JHEK, Kementerian Penerangan, BTN, KEMAS & segala macam agen penerangan mestilah digunakan melalui PENDEKATAN BARU yang bersesuaian... perlu berubah. Manakala UMNO MESTI KONSISTEN berjuang mempertahankan hak MELAYU DAN ISLAM : Usah lagi bertolak ansur dan berpolitik demi jaga hati... PERLU BERANI DAN BERTEGAS...
.
Kembalilah ke semangat dan formula asal BN sewaktu asal penubuhan dahulu nescaya hendaknya kita akan berjaya memperbetulkan kembali apa yang kita telah kehilangan... Selamat Berjuang
UMNO perlu jadi jaguh Melayu & Bumiputra
.
Apa yang dilihat sejak kebelakangan ini terlalu banyak ugutan yang dilakukan oleh musuh serta rakan UMNO dalam BN. Lagak sesetengah rakan dalam BN pula seolah-olah lebih DAP dari DAP itu sendiri. Inilah padahnya bila BN tidak lagi berupaya menang dengan 2/3. Dan hanya UMNO sahaja yang agak bertahan semasa PRU12 yang lalu. Komponen yang lainnya dilanda badai tsunami. Hampir ranap.
.
Di kala keperitan inilah banyak benar cabaran yang menguji sejauh mana kemampuan UMNO. UMNO diasak dari pihak lawan dan juga kawan. Banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tuntutan demi tuntutan ditagih daripada MCA dan juga MIC. Walau pun prestasi mereka tidak membanggakan, mereka tanpa segan silu meminta itu dan ini.
.
Permintaan jawatan TPM oleh MCA di saat genting ini tidak sepatutnya keluar dari mulut ahli komponen yang setia. Suara MCA dah menjadi saling tidak tumpah seperti suara DAP. Keterbukaan Anwar yang bersedia menawarkan jawatan TPM kepada kaum Cina menyebabkan MCA terikut-ikut rentak pihak lawan. Tidak boleh disalahkan sepenuhnya kepada MCA. Kotak Pandora sudah dibuka oleh Anwar.
.
Kesediaan di pihak Melayu pembangkang yang menawarkan jawatan TPM membuatkan kaum bukan Melayu melihat Pakatan Rakyat sebagai objektif baru perjuangan politik mereka. Mungkin sudah bulat tekad mereka untuk menyokong penuh PR. Tawar-menawar di dalam BN sudah tidak boleh diperbaharui. Sudah tepu bak kata orang. Kaum Cina mungkin sudah dapat mengagak bahawa UMNO agak keberatan untuk memberikan jawatan tersebut kepada bukan Melayu.
.
Di pihak MIC pula karenah Samy membuat semacam ugutan tidak langsung membantu pemulihan BN. Mungkin sudah tiba masanya PM Dato' Sri Najib mengambil langkah drastik menasihati Samy untuk berehat. Tambahan pula beliau ditolak oleh ahli partinya sendiri. Kemenangan Samy sebagai presiden yang menidakkan hak pencabarnya bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan MIC. Malahan perlu dilihat sebagai satu liabiliti kepada MIC dan juga BN.
.
Signal sokongan bukan Melayu jelas boleh dibaca di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April yang lepas. Mesejnya jelas. 85% bukan Melayu menolak BN. Sudah tidak ada daya penarik dalam BN lagi barangkali. Nak minta pun dah tepu. Kalau kad kredit, dah cecah credit limit. Dan tak boleh buat pengeluaran lagi. Dah tak boleh nak gores lagi.
.
Di pihak PR yang masih tiada pengalaman pula menjanjikan sesuatu yang amat menarik. Sesuatu tawaran yang tidak dijanjikan di pihak BN. Keadaan para pemimpin PR yang tidak punya pengalaman menyebabkan kaum Cina melihat bahawa bargain power mereka boleh digunakan di sana. Kaum Cina melihat Melayu PR tidaklah sekeras kepala macam Melayu UMNO. Melayu UMNO kena ugut MCA untuk minta jawatan TPM pun masih berdegil. Sedangkan Anwar tak perlu diugut, malah ditawarnya dengan rela hati tanpa paksa pun (sangap nak jadi PM!).
.
Dasar-dasar PR pun mungkin menjadi daya penarik kaum Cina untuk tidak akan kembali lagi ke pangkuan BN dalam satu tempoh yang lama. Isu tanah contohnya. Melayu PAS & PKR tak kisah walau pun melanggar dan bertentangan dasar tanah kerajaan Persekutuan. Penulis secara peribadi tidak suka tanah dijadikan komoditi politik untuk raih undi, namun dengan ‘keterbukaan’ Melayu PR akan hal ini nampak gayanya UMNO perlu turut mengorbankan dasar kerajaan Pusat berhubung hal tanah ini.
.
Mungkin kaum Cina merasakan dengan berkuasanya PR maka akan banyaklah tanah-tanah yang bakal diagihkan kepada mereka. Mungkin sudah tiba masanya UMNO berbuat perkara yang sama. Strategi dan langkah drastik yang semacam DAP Perak perlu diguna pakai. Mungkin UMNO perlu bermurah hati menabur tanah sebanyak-banyaknya kepada Melayu dan Bumiputra untuk mendapatkan sokongan padu kaum Melayu/Bumiputra.
.
Mungkin boleh difikirkan beberapa program ala Felda yang memberikan peluang kepada golongan miskin tegar Melayu/Bumiputra memiliki tanah dan secara tidak langsung melonjak taraf sosio ekonominya. Apa salahnya jika UMNO berbuat sedemikian di kala PR menabur tanah di Perak untuk mendapatkan sokongan padu bukan Melayu. Dan hasilnya semua orang tahu. 85% undi bukan Melayu di Bukit Gantang pergi kepada PR walaupun 63% undi Melayu memihak kepada BN. Undi bukan Melayu sudah jadi undi penentu.
.
Tak guna tabur berlebihan kepada bukan Melayu kerana mustahil mereka kembali semula ke pangkuan BN. Cuma kalau ada yang miskin dari kaum bukan Melayu wajiblah UMNO tolong. Kalau ada anak India yang cerdik tapi miskin perlulah diberikan biasiswa. Kalau anak Cina yang miskin dan cerdik pun perlu dibantu. Yang ini tak bolehlah diabaikan. Cuma bantuan yang pelbagai untuk raih undi tak perlulah diteruskan. Sampai RM1 juta kepada sekolah jenis Cina buat apa? Duit mereka ambil, pangkah tetap PR. Kan elok diberi pada PIBG sekolah kebangsaan di Felda atau kampung-kampung Melayu yang ada kalanya sesak nafas bila nak buat pelbagai aktiviti.
.
Keadaan sekarang sangat jauh berbeza. Bukan Melayu semacam sudah bulat tekad mengatakan rumput di PR lebih hijau. UMNO juga perlu memikirkan kaedah yang mungkin tidak disukai oleh komponennya tetapi bakal disukai oleh majoriti Melayu/Bumiputra. Mungkin sudah tiba masanya biasiswa diberikan kepada Melayu/Bumiputra. Anak Melayu/Bumiputra yang miskin/sederhana dan menepati syarat bolehlah dianugerahkan biasiswa dan bukannya pinjaman seperti sekarang ini.
.
Mungkin banyak lagi perkara yang boleh difikirkan untuk mengembalikan sokongan padu orang Melayu terhadap UMNO. Yang pastinya, UMNO perlu menjadi jaguh orang Melayu/Bumiputra semula untuk mendapatkan sokongan padu supaya penentu bagi politik Malaysia terus berada di tangan Melayu. Tidak boleh tidak!

Wednesday, April 8, 2009

Kedudukan Seri Paduka Baginda Dalam Senarai Keutamaan Persekutuan


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah bersemayam di atas Singgahsana pada hari pertabalan.

Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Susunan Keutamaan yang digunakan sekarang ialah Susunan Keutamaan Persekutuan yang kedua puluh. Susunan Keutamaan ini telah digazet dan mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1998 melalui Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2 P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998. Susunan Keutamaan ini menyenaraikan 70 kategori seperti berikut:

1. Yang di-Pertuan Agong.
2. Raja Permaisuri Agong.
3. Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.
4. Yang Dipertua Negeri-Negeri.
5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada Kerajaan Persekutuan.
6. Perdana Menteri.
7. Timbalan Perdana Menteri.
Kehormat - 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota/Raja Muda)
8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara, (S.M.N.)
10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.)
Kehormat - 10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan.
11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
12. Yang Dipertua Negeri Dewan Negara.
13. Yang Dipertua Dewan Rakyat.
14. Bekas-bekas Perdana Menteri.
15. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri.
16. Ahli-ahli Jemaah Menteri.
17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.
Kehormat - 17A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
18. Peguam Negara.
19. Panglima Angkatan Tentera.
20. Ketua Polis Negara.
21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
22. Timbalan-Timbalan Menteri.
23. Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, Pemangku-Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha.
25. Presiden Mahkamah Rayuan.
26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.
27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.
28. Ketua Pembangkang di Parlimen.
29. Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan.
30. Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.
31. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
32. Bekas Ketua Setiausaha Negara.
33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus 1, 11 dan III.
34. Bekas Peguarn Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera dan Bekas Ketua Polis Negara.
35. Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
36. Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam.
38. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman.
39. Ketua Audit Negara.
40. Gebenor Bank Negara.
41. Datuk Bandar Kuala Lumpur.
42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan.
43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
44. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
45. Datuk Paduka Maharaja Lela.
46. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.)
47. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
48. Profesor-Profesor Diraja.
49. Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
50. Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.)
Kehormat - 50A. Timbalan-Timbalan Menteri Besar/Timbalan Ketua Menteri.
Kehormat - 50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri.
51. Ahli-ahli Dewan Negara.
52. Ahli-ahli Dewan Rakyat.
53. Pegawai-pegawai Gred Utama ‘A’ dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
54. Panglima Tentera Darat.
55. Panglima Tentera Laut.
56. Panglima Tentera Udara.
57. Timbalan Ketua Polis Negara.
58. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
59. Naib-Naib Canselor Universiti.
Kehormat - 59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Menteri Negeri di Sabah/Sarawak.
60. Pegawai-pegawai Gred Utama ‘B’ dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama ‘B’ dan ke atas.
Kehormat - 61A Penerima Anugerah ‘Fellow’ Negara.
62. Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu
63. Pegawai-pegawai Gred Utama’C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
Kehormat - 63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
64. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.)
65. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.)
66. Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.)
67. Pegawai-pegawai Gred 1, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
68. Setiausaha-Setiausaha Politik.
69. Pegawai-pegawai Gred 11 dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
70. Konsul-konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia.

Punca Kekalahan Umno di Bukit Selambau dan Bukit Gantang


Petikan dari komen http://perakbangkit.blogspot.com
April 8, 2009 4:03 PM
Anonymous generasi muda johor said...

MCA dan GERAKAN sudah tidak RELEVAN tetap ada hati mahu tuntut jawatan TPM Pengundi Cina memberikan SOKONGAN JITU kepada PAS. Dari keseluruhan undi Cina , 85 % diberikan kepada PAS manakala BN hanya mendapat 15 % undi Cina.

Sebagai perbandingan pada 2008: BN berjaya mendapat 30 % undi Cina di Bkt Gantang dan PAS mendapat 70 % undi Cina.

Ini bermakna pada PRK terkini PAS berjaya meningkatkan undi Cina kepada parti tersebut sebanyak 15 % lagi kepada 85 %.

Sayang betul Cina pada Pak Lebai-pak lebai PAS dan MCA dan GERAKAN serta PPP sudah menjadi semakin tidak RELEVAN.

Bagaimanapun, undi kaum MELAYU meningkat secara mendadak kepada UMNO/BN, dari hanya 14500 pada 2008 kepada 17000 pada PRK ini.

Ternyata ternampak MELAYU semakin kembali kepada UMNO/BN.

Bagi PAS pula , parti ISLAM tersebut hanya mendapat 10000 undi Melayu kali ini berbanding 11500 pada 2008. Ini bermakna pada PRK ini MELAYU mula menjauhkan diri dari PAS dimana PAS kehilangan 1500 undi Melayu pada PRK ini.

Pada PRK Bukit Gantang ini , PAS mendapat 9500 undi Cina dan 2300 undi India manaka BN hanya mendapat 2300 undi Cina dan hanya 500 undi India.

Ini menunjukkan kemenangan PAS di Bukit Gantang bergantung sepenuhnya kepada undi bukan MELAYU.

Situasi sama di Bukit Selambau dimana Melayu memberi sokongan kepada BN tetapi India dan Cina sangat SOLID menyokong PR

Mengapa ini terjadi?

Jawapannya PAS bersedia berkompromi dengan DAP dan PKR untuk memenuhi apa sahaja tuntutan bukan Melayu seperti yang ditunjukkan semasa Nizar menjadi MB Perak suatu ketika dahulu dimana tanah-tanah dipajakkan kepada bukan Melayu sehingga 999 tahun.

UMNO kini lebih mendapat undi Melayu dan UMNO perlu memberikan lebih perhatian kepada kaum Melayu yang ternyata memberi sokongan kepada UMNO.

Jangan pula Melayu beri undi pada UMNO, tetapi Cina yang tidak memberi undi kepada UMNO/BN yang disusukan....!

Langau said:

bagi L, inilah punca utama kekalahan BN di Bukit selambau / Bukit Gantang dan mana2 tempat lain di malaysia ini. BN kena ambik peringatan terutama UMNO.