Saturday, June 27, 2009

Apa kesudahan nasib Melayu?



Oleh Zulkiflee Bakar dan Zin Mahmud - Utusan Malaysia 28/06/09

Ke mana politik Melayu selepas ini? Itulah persoalan yang bermain di fikiran kita, apabila segala usaha bagi memastikan sekurang-kurangnya dua parti Melayu terbesar iaitu UMNO dan Pas duduk semeja berunding, hancur berderai.

Ketika umat Melayu mendoakan akan wujud sedikit persefahaman antara kedua-dua parti itu tetapi semua tidak menjadi kenyataan apabila kerajaan perpaduan ditolak oleh pakatan pembangkang, biarpun UMNO sudah menyatakan kesediaan untuk berbincang.

Pakatan berkenaan bukan hanya dianggotai oleh Pas tetapi juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang sudah pastilah dalam kamus politik mereka tidak ada istilah penyatuan atau perpaduan orang Melayu.

Pas yang keseluruhan ahlinya beragama Islam dan terdiri daripada orang Melayu terpaksa akur dengan tekanan PKR dan DAP, untuk menolak idea kerajaan perpaduan. Paling malang idea itu adalah cetusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pendirian Pas seolah-olah menunjukkan apabila berada dalam pakatan itu, mereka tidak mempunyai apa-apa suara lagi, selain daripada mengikut sahaja.

Itu hak Pas untuk membuat keputusan, malah menjadi hak Pas juga kalau mereka bersedia 'dibuli' oleh PKR dan DAP, tetapi dalam masa yang sebagai parti yang memperjuangkan Islam, tanggungjawab menyatukan umat Islam dalam satu saf biarpun berbeza ideologi politik terpikul pada bahu mereka sehingga kiamat.

Namun begitu apa yang lebih kita bimbangkan ialah apa kesudahannya terhadap kekuatan politik Melayu, selepas ini. Apakah ia akan semakin kuat dalam genggaman? Atau adakah ia akan terhakis sedikit demi sedikit hanya semata-mata kerana kita tidak mahu bersatu?

Kegagalan kita untuk mencapai kata sepakat biarpun dalam hal-hal menyentuh mengenai kepentingan Melayu dan Islam hanya akan melemahkan kekuatan politik orang Melayu. Ia disebabkan kita berpecah belah akibat ketaksuban kepada politik sempit masing-masing.

Ketika ini, kekuatan politik Melayu hanya bergantung kepada UMNO dan Pas tetapi kita harus ingat bahawa ada pihak ketiga yang sudah pasti tidak mahu kekuatan berkenaan berterusan.

Melalui propaganda mereka sebelum ini dan dibantu oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang tamakkan kuasa semata-mata, mereka sudah berjaya meruntuhkan empayar kekuatan politik Melayu melalui UMNO.

Apabila UMNO berada dalam keadaan agak lemah dan sedang berusaha bangkit semula, mereka mengatur pula strategi supaya Pas juga menjadi kucar-kacir. Lanjutan itu, apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencetuskan idea kerajaan perpaduan, mereka melihat ia kesempatan terbaik bagi mencetuskan perbalahan dalam parti itu.

Apabila perbalahan berlaku maka Pas akan menjadi kucar kacir dan sekali gus akan melemahkan parti berkenaan. Ternyata agenda mereka berjaya, Pas terbahagi kepada dua kelompok satu menyokong cadangan berkenaan manakala satu lagi pihak menentang.

Tetapi semua itu bukan agenda UMNO seperti mana didakwa oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa ''UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.''

Sebaliknya, ada agenda tersembunyi oleh pihak-pihak tertentu yang melihat idea kerajaan perpaduan hanya akan memperkukuhkan politik Melayu. Oleh itu, mereka mahu UMNO dan Pas terus berbalah. Mereka tidak akan benarkan kedua-dua parti itu duduk semeja membincangkan soal orang Melayu dan umat Islam.

Bagi mereka, kalau kedua-dua parti berbuat demikian ia akan memberikan ancaman kerana kuasa politik akan kukuh kembali, tidak kiralah sama ada UMNO atau Pas yang kuat.

Tetapi malangnya, gerakan tersirat ini tidak mampu dibaca oleh penyokong-penyokong Pas sehingga mereka sanggup mengecam sebarang usaha untuk UMNO dan Pas berunding.

Penyokong-penyokong berkenaan melakukan serangan habis-habisan bagi menggugat pendirian kepimpinan Pas supaya jangan sesekali melaksanakan idea itu biarpun ia datang daripada Presiden Pas sekali pun.

Penyokong

Tindakan kelompok yang ingin melemahkan Pas ini menjadi mudah, apabila adanya penyokong parti itu sendiri yang bersikap menentang idea Abdul Hadi. Kesudahannya bagi mengelakkan kecelaruan dan kekeliruan yang berterusan, idea itu terkubur begitu sahaja.

Malangnya ia terkubur bukan kerana Pas yang membuat keputusan tetapi akibat tekanan PKR dan DAP. Pemimpin-pemimpin Pas boleh berhujah apa sahaja termasuklah demi menjaga keharmonian dengan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. Namun di luar, orang Melayu terutamanya yang tidak mempunyai parti akan mempertikaikan tindakan Pas itu.

Pas akan mengalami kerugian di dalam pilihan raya kerana pengundi Melayu atas pagar sudah pasti terfikir, kenapa perlu memberikan undi bagi memperkukuhkan Pas, kalau parti itu sekadar mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh PKR dan DAP.

Akibat daripada tindakan itu, kemungkinan besar suara orang Melayu di dalam Parlimen akan semakin berkurangan dan hanya akan bergantung kepada UMNO sahaja.

Inilah bahana yang harus difikirkan oleh seluruh orang Melayu, mereka tidak harus melihat dari sudut kepentingan politik kepartian semata-mata, sebaliknya perlu memikirkan mengenai survival kuasa politik Melayu di negara ini.

Apa pun, dalam soal mempertahankan kekuatan politik Melayu ini, ramai yang melihat masih ada cahaya di hujung terowong bagi membolehkan UMNO dan Pas duduk semeja, berunding sesama mereka. Ia kerana biarpun perbezaan politik boleh menjadi tembok penghalang tetapi ikatan bahawa kita mengadap kiblat yang sama, suatu hari kelak pasti boleh menyatukan kita.

Persefahaman antara kedua parti itu amat penting demi masa depan politik orang Melayu, biarpun mereka berjuang dengan ideologi politik yang berbeza.

Bagaimanakah sebuah negara kecil yang dikelilingi oleh musuh di padang pasir dapat membangun dan maju tanpa banyak halangan? Jawapannya ialah negara berkenaan mendapat pelaburan masuk secara besar-besaran dari luar.

Negara yang dimaksudkan di sini ialah Israel. Negara ini, dari segi politik dan ekonomi didokong oleh orang Yahudi diaspora. Maksud diaspora di sinilah ialah mereka yang bertebaran tinggal di luar daripada negara yang dianggap sebagai tanah air mereka.

Kedudukan ekonomi bangsa Yahudi sememangnya kuat, khususnya di Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Daripada golongan yang berjaya dan kaya inilah, wang disalurkan kepada Israel untuk membangun dan memajukan negara itu. Walaupun orang Yahudi berkenaan bukannya warganegara Israel. Mereka adalah warganegara Amerika dan negara-negara Eropah. Tetapi kerana sayangkan bangsanya, mereka memastikan pelaburan dilakukan ke atas Israel untuk memajukannya.

Begitu juga dengan China. Bagaimanakah sebuah negara yang ekonominya dianggap telah musnah kerana mengamalkan sistem komunisme telah berjaya bangkit dalam jangka waktu yang singkat dari dekad 80-an. Bayangkan bagaimana sebuah negara komunis yang apabila menukar sistem ekonominya kepada bentuk pasaran, dalam masa 20 tahun telah berjaya menjadi negara paling tinggi kadar pertumbuhannya. Bagaimanakah Deng Xiaoping berjaya menarik pelabur asing untuk datang ke negaranya apabila dia meminda sistem ekonomi China?

Jawapannya ialah daripada diaspora China. Iaitu ahli-ahli perniagaan China dari seluruh dunia, yang sebenarnya sudah tidak menjadi warganegara China. Meraka telah menyalurkan dana pelaburan ke negara leluhur mereka. Maka rakyat Amerika, Britain, Kanada, Malaysia, Thailand, Singapura dan lain-lain menyalurkan dana pelaburan ke negara itu.

Kejayaan China ini mendorong India untuk melakukan perkara yang sama. Mengapakah India yang mengamalkan sistem demokrasi sejak merdeka gagal maju seperti China? Banyak pihak mengatakan ia adalah disebabkan oleh polisi sosialis kerajaan Kongres pada awal negara itu mencapai kemerdekaan. Maka kini mereka telah mengubah polisi dan mahu mencontohi China.

Banyak ahli perniagaan keturunan India di Amerika dan Eropah yang kini diundang untuk melabur di India. Walaupun mereka sudah tidak menjadi rakyat India, tetapi semangat mereka mendorong untuk memajukan India. Pada masa akan datang China dan India akan menjadi penjana ekonomi dunia yang penting.

Apa yang dilakukan oleh Yahudi, China dan India diaspora ini tidak dianggap sebagai amalan perkauman. Bagi pihak Barat, usaha diapsora ini adalah suatu yang dapat diterima.

Maka Malaysia pun patut mencontohi mereka. Walaupun Malaysia adalah negara kecil dan tidak ramai keturunan negara ini yang berjaya besar di Amerika dan Eropah berbanding diaspora Yahudi, China dan India. Namun terdapat mereka yang berketurunan Malaysia, walaupun sudah menjadi warganegara Amerika atau Britain yang berjaya dan mampu untuk menyalurkan dana pelaburan ke negara asal mereka.

Justeru di samping usaha untuk meningkatkan pelaburan asing, Malaysia wajar juga mencari jalan mempelawa diaspora bekas rakyat, sama ada dari kalangan kaum China, India dan juga Melayu sendiri yang berjaya atas usaha sendiri di luar negara untuk pulang membuat pelaburan.

Bukanlah bermakna mereka wajar membuat pelaburan atas semangat sayangkan negara semata-mata tetapi usaha perlu dibuat untuk menjadikan pelaburan di negara ini menarik dan menguntungkan untuk mereka.

Tidak mengapa kalau mereka kembali untuk melabur dalam syarikat mengikut kaum masing-masing. Yang penting negara ini perlu dikemaskan supaya menarik bagi para pelabur.

Begitu juga di kalangan orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan di Amerika, Britain, Australia dan lain-lain atas usaha sendiri. Mereka ini juga wajar digalakkan pulang untuk melabur di Malaysia. Bukan itu saja, mereka patut diajak untuk turut serta membangun dunia perniagaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Ketika berusaha dalam persediaan untuk membawa masuk banyak lagi pelaburan dari luar, wajar sekali penelitian semula dilihat kepada polisi-polisi lalu mengenai pembangunan ekonomi negara. Perkara-perkara yang boleh menjejaskan kedatangan pelaburan baik berupa persepsi mahupun realiti wajar ditangani.

Perancangan

Di sinilah perancangan ekonomi amat penting digunakan bagi meletakkan kedudukan kepada keadaan yang lebih baik, terutama dalam keadaan mencabar sekarang ini.

Berkaitan dengan perkara ini pula ialah bagaimana meningkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu, walaupun sudah banyak mencapai kejayaan tetapi masih lagi perlu dipandu. Banyak pengajaran dapat diperolehi daripada kelemahan dan kegagalan polisi-polisi lalu dalam usaha membangunkan ekonomi Melayu terutama dari segi badan-badan perniagaan strategik.

Dalam hal ini, sememangnya soal ekuiti milik Bumiputera wajar menjadi perhatian. Ini kerana polisi-polisi meliputi zaman Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak berjaya sepenuhnya dalam memastikan ekuiti Bumiputera mencapai sasaran.

Pada masa lalu, soal perubahan keadaan ekonomi yang memungkinkan kehilangan ekuiti Bumiputera tidak diletakkan dalam jangkaan. Akibatnya setiap kali berlaku kegawatan ekonomi atau krisis kewangan, maka ekuiti Bumiputera akan menjadi mangsa.

Tambahan daripada itu juga, satu kaedah mesti dicari supaya Bumiputera tidak hanya menjadi rakan tidur dalam syarikat oleh kerana pegangannya yang rendah. Apa yang penting ialah penguasaan hakiki terhadap syarikat dan selanjutnya meningkatkan keupayaan berniaga bagi memajukan syarikat.

Apa yang perlu dirancangkan meliputi pelbagai lapisan daripada pelaburan untuk negara supaya ruang dana perniagaan menjadi luas. Seterusnya ia membolehkan rancangan-rancangan baru untuk mempertingkatkan dunia perniagaan Bumiputera.

Juga penting ialah dorongan baru bagi kesedaran untuk meningkatkan budaya perniagaan yang masih rendah. Bumiputera wajar ditingkatkan dengan kesedaran serta kemampuan berniaga setaraf dengan mana-mana bangsa yang berjaya di dunia.

Wednesday, June 10, 2009

Doa untuk anak


• Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
• Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
• Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
• Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
• Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
• Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
• Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
• Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).

Monday, June 8, 2009

Melayu dikhianati?

petikan dari http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/

GELOMBANG BANGSA

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaumIndia tidak akan diterima diCeylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylonmenjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

Sunday, June 7, 2009

Perbetulkan perjuangan pribumi

Utusan Malaysia ( Rencana )
8 jun 2009

Perbetulkan perjuangan pribumi
Oleh IBRAHIM ALI


Pribumi Malaysia, terutamanya orang Melayu, sedang dilanda dilema politik dan ekonomi. Hakikat ini tidak boleh dinafikan. Faktor-faktor penyebabnya berada di depan mata. Kesannya sedang kita rasakan. Implikasinya semakin mencabar. Kalau gagal ditangani, dilema ini boleh menyebabkan nasi menjadi bubur, orang Melayu rugi besar, ayam di kepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan, Tanah Melayu mungkin menjadi milik orang.

Contohnya, satu: kuasa Melayu dalam pemerintahan Malaysia kini semakin hari kelihatan seolah-olah kian terhakis. Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 adalah manifestasinya.

Dua: baru-baru ini, UMNO dilanda krisis kredibiliti dan dicemari amalan rasuah politik yang serius. Tindakan disiplin kepada beberapa calon jawatan utama UMNO dalam pemilihan parti berkenaan pada Mac 2009 yang lalu adalah buktinya.

Tiga: pada hujung tahun lalu, wibawa UMNO selaku teras kepada Barisan Nasional (BN) dipersendakan oleh beberapa parti komponen BN sendiri. Kontroversi mengenai ketuanan Melayu dan asal-usul Melayu yang dicetuskan oleh MCA dan Gerakan pada Disember 2008 adalah bukti fenomena ini.

Empat: parti-parti Melayu alternatif, khususnya Pas, juga dalam keadaan yang dipertikaikan. Sikap, gelagat, kenyataan serta tindakan sesetengah pemimpin serta penyokong Pas baru-baru ini menjadikan persepsi ini lebih berasas.

Lima: Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku parti pelbagai etnik yang majoriti pemimpinnya adalah Melayu, kini seakan-akan mempertaruhkan nasib dan masa depan bangsa Melayu kepada segolongan pemimpin politik bukan Melayu, semata-mata kerana pemimpin besar parti berkenaan dikatakan terlalu ghairah untuk berkuasa. Krisis moral pemimpin tertentu dalam PKR kini menjadikan parti itu lebih gawat.

Enam: hak-hak serta keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam perdagangan, perniagaan dan pendidikan, kebelakangan ini diungkit-ungkit oleh segolongan bukan Melayu. Desakan terhadap kuota biasiswa pelajar Melayu dan Bumiputera, serta kritikan mereka terhadap kuota 30 peratus dalam ekonomi negara yang dikhaskan kepada orang Melayu dan Bumiputera adalah contoh mengenainya.

Inilah dilema pribumi, khususnya orang Melayu di abad ke-21. Dilema ini perlu segera diatasi oleh semua orang Melayu, professional Melayu, cendekiawan Melayu, parti politik Melayu dan seluruh pemimpin Melayu melangkaui batas-batas kelompok serta ideologi.

Takrif dilema

Menurut Kamus Besar Utusan Melayu, dilema maksudnya masalah yang menyebabkan manusia jadi serba salah, sulit, sukar dan bingung. Ikut tafsiran Kamus Dewan Bahasa, dilema ertinya keadaan yang menyebabkan manusia terpaksa membuat pilihan antara dua tindakan, tetapi kedua-duanya tidak menyenangkan atau tidak menguntungkan. Kamus Besar Indonesia menyatakan, dilema adalah situasi sulit, membingungkan dan tidak menyenangkan.

Menurut pepatah, bidalan atau peribahasa Melayu, dilema adalah keadaan di mana yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran; ditelan mati emak, diluah mati bapak; ayam ditambat disambar helang, padi ditanam tumbuhnya lalang. Pendek kata, dilema adalah keadaan yang merunsingkan, membimbangkan, membingungkan, merugikan, dan membahayakan umat manusia.

Definisi Melayu

Orang Melayu adalah pribumi Malaysia yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu (Perlembagaan Persekutuan Artikel 160).

Orang Cina dan orang India yang kini jadi rakyat Malaysia, asal usulnya adalah daripada tanah besar China dan India. Nenek moyang mereka dibawa masuk ke Tanah Melayu secara besar-besaran oleh penjajah British mulai tahun 1871.

Inilah bezanya orang Melayu dengan keturunan Cina dan India di negara ini. Orang Melayu adalah pribumi. Oleh sebab itulah 'Kepala Utama Negara' bagi Malaysia adalah orang Melayu, iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Perlembagaan Persekutuan Artikel 32).

Oleh sebab itu agama rasmi kita adalah Agama Islam (Perlembagaan Persekutuan Artikel 3). Oleh sebab itu bahasa kebangsaan Malaysia adalah Bahasa Melayu (Perlembagaan Persekutuan Artikel 152).

Oleh sebab itu juga, walaupun Perlembagaan Persekutuan Artikel 8 memaktubkan soal-soal equality kepada semua rakyat Malaysia, orang Melayu dan Bumiputera tetap menerima hak dan keistimewaan menerusi Artikel 153 dalam Perlembagaan yang sama.

Berdasarkan semua ini, orang Melayu dan Bumiputera mestilah pertahankan keistimewaan ini. Kita wajar bersuara dengan tegas, kita adalah pribumi Malaysia. Patah sayap bertongkatkan paruh, negara mesti kita pertahankan pada setiap masa.

Dilema Politik

Kita semua arif mengenai politik. Mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri di bawah pokok adalah politik. Kumpulan baju kuning menyerang puak baju merah di Thailand adalah politik. Karpal Singh membidas Anwar Ibrahim adalah politik. Ibrahim Ali dikecam orang Pas, pun politik. Kesemuanya adalah politik kerana politik adalah mengenai manusia dan kuasa.

Ramai sarjana Islam membicarakan soal politik. Pemikiran politik Islam moden boleh dibaca dalam buku-buku Jamaluddin al-Afghani, Mohammad Abduh, Muhammad Rasyid Rida, Hasan al-Banna, Sayyid Qutub, Muhammad Husein Heikal dan lain-lain.

Imam Al Bujairimi contohnya, menyatakan, politik atau siasah, adalah kaedah memperbaiki dan merencanakan urusan rakyat. Ibnul Qoyyim menyebutkan dua jenis politik. Satu: siasah shohihah atau politik yang benar. Dua: siasah fasidah atau politik yang salah.

Ibn Khaldun pula berpendapat, politik adalah kaedah penyusunan sesebuah bandar raya berasaskan etika dan kebijaksanaan supaya para penduduknya boleh mengikut satu jalan ke arah memelihara serta melindungi umat manusia seluruhnya.

Para sarjana Barat juga membicarakan politik. Adam Smith, Immanuel Kant, John Locke, Karl Marx, Max Weber, dan Thomas Hobbes, secara umumnya mentakrifkan politik sebagai seni kekuasaan.

Sarjana realis klasik seperti Machiavelli menyatakan, kuasa politik perlu dipertahankan secara berani dan bijaksana. Morgenthau selaku sarjana realis neo-klasik berpendapat, politik adalah perjuangan mengenai kuasa. Demi kuasa, matlamat boleh menghalalkan cara.

Kepada saya, politik adalah seni memperolehi kuasa secara berhemah, demokratik dan menurut lunas undang-undang. Setelah kuasa diperolehi, ia hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya, seadil-adilnya dan setegas-tegasnya demi kesejahteraan rakyat jelata.

Di Malaysia, kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada pemimpin, mestilah pertama sekali digunakan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Agama Islam, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, Bumiputera dan kesejahteraan lain- lain rakyat jelata.

Pendek kata, politik di Malaysia mestilah mengutamakan pencegahan apa jua tindakan dan keputusan yang boleh menghakis atau melenyapkan Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Raja-Raja Melayu sebagai payung rakyat, bangsa Melayu serta Bumiputera sebagai pribumi dan lain-lain etnik sebagai rakyat senegara.

Sejarah Bangsa Melayu

Dalam konteks perjuangan di atas, wujud dilema politik orang Melayu dan umat Islam Malaysia pada hari ini. Sebabnya, hari ini ada orang Melayu yang lupakan bangsanya, asal-usulnya dan kegemilangan sejarahnya.

Mereka lupa bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang besar dan bermaruah. Menurut Nik Azmi Nik Daud (2000), kebanyakan orang Melayu beranggapan bangsa Melayu adalah masih muda dan sejarah bangsa Melayu cuma bermula dengan tegaknya Kesultanan Melayu Melaka. Orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah wujud lebih lama daripada Kesultanan Melayu Melaka.

Menurut Nik Azmi, Kedah di utara Semenanjung, telah dirakam dalam sejarah China, sejak Dinasti Liang (502-557). Di Perak, para pengkaji sejarah mempunyai bukti wujudnya kerajaan-kerajaan purba sejak kurun ke-5 Masehi. Lebih 1,300 tahun dulu kerajaan Gangga Negara yang dipercayai di Beruas, Perak, telah tegak sebagai sebuah kerajaan besar.

Peta Tanah Melayu yang dilukis oleh Ptolemy pada kurun kedua, menunjukkan terdapat dua buah pelabuhan di pantai timur Semenanjung, iaitu Kole dan Perimoula. Kedua-duanya terletak di Terengganu. Batu Bersurat yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu menunjukkan seawal tahun 1303 Islam telah tiba di Terengganu.

Menurut Nik Azmi lagi, dalam eksiklopedia Ma Tuan-Lin ada dinyatakan mengenai suatu tempat bernama Ko-lo yang dikatakan mempunyai hubungan dengan China sejak zaman pemerintahan Dinasti Han (206 S.M-221 Masehi).

Kebanyakan sejarawan yakin, Ko-lo adalah Kelantan. Catatan-catatan China pada kurun ketujuh Masehi juga ada menyebut mengenai Ho-lan-tan dan Kou-lan-tan, iaitu Kelantan. Pendek kata, daripada sudut mana sekali pun, bangsa Melayu memang mempunyai sejarah yang amat panjang dan lama di Tanah Melayu.

Demikianlah hakikatnya sebelum Empayar Melayu Melaka wujud pada 1403. Sesudah kebangkitannya, Empayar Melayu Melaka pula disifatkan sebagai emporium perdagangan antarabangsa.

Menurut Asrul Zamani (2002), seorang penulis Portugis bernama Tom Peres menyatakan, Melaka adalah pelabuhan perdagangan yang terbesar di dunia sewaktu Portugis mula menerokai dunia Timur.

Malangnya, Empayar Melayu Melaka yang menjadi pelabuhan strategik kepada perdagangan antara Asia Timur dan Asia Tenggara dengan Asia Selatan dan Asia Barat, ditawan oleh Portugis pada 1511.

Menurut Afonso de Albuquerque (1995), Portugis menyerang dan menjajah Melaka untuk menghalau orang Melayu dan umat Islam daripada Tanah Melayu bagi menghalang pengaruh Islam daripada terus berkembang.

Dengan cara ini, umat Islam akan hapus sama sekali. Ini kerana sebelum kedatangan Portugis, kebanyakan orang Melayu dan umat Islam adalah golongan berkuasa, kaya, berpengaruh serta memiliki harta yang tidak ternilai jumlahnya.

Oleh sebab itu Raja Portugis berpendapat, Melaka adalah tempat terbaik untuk menghalang pedagang Islam Kaherah, Mekah dan Jeddah daripada meneruskan kegiatan mereka.

Keagungan sejarah bangsa Melayu ini adalah berasaskan bukti-bukti nyata. Oleh sebab itu, Nik Azmi menyatakan, orang Melayu sesungguhnya mempunyai hak yang istimewa ke atas Tanah Melayu. Hak ini mesti dipertahankan. Hak ini tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa.

Tetapi, perjuangan mempertahankan hak orang Melayu kini menjadi satu daripada dilema politik orang Melayu di abad ke-21. Banyak faktor yang menyebabkan dilema ini. Antaranya adalah seperti berikut.

Pada penghujung 2007, satu pertubuhan haram bernama Hindraf menuduh kononnya UMNO melakukan genocide dan pembersihan etnik ke atas keturunan India di Malaysia. Pertubuhan itu menuntut ganti rugi RM1,000,000 bagi setiap mereka yang terkorban (butiran 12 dalam memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri Malaysia 12 Ogos 2007).

Pada 28 November 2008, Ketua Wanita MCA menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak relevan pada hari ini kerana semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Beliau menyokong kenyataan seorang Timbalan Presiden MCA mengenai perkara yang sama pada 27 November 2008 (Utusan Malaysia).

Pada 30 November 2008, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan istilah ketuanan Melayu di negara ini tidak sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seolah-olah seperti hubungan tuan dengan hamba (Utusan Malaysia).

Pada 6 Februari 2009, seorang pemimpin Pas diberitakan akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pada 26 Februari 2009, ADUN DAP Skudai di Johor, Dr. Boo Cheng Hau menuduh kononnya dasar-dasar afirmatif untuk Melayu dan Bumiputera adalah serupa dengan dasar aparteid (The Malaysian Insider 26.2.2009).

Pada 14 Mei 2009, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mahu kerajaan mengkaji semula dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah mendapat banyak aduan mengenai pelajar terbaik dari beberapa negeri yang tidak menerima biasiswa tersebut. Beliau juga mahu pemberian biasiswa itu dilakukan berasaskan meritokrasi, dengan tidak menafikan peluang pelajar cemerlang (Utusan Malaysia).

Pada 17 Mei 2009, Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Yong Khoon Seng juga mendesak supaya pemberian biasiswa JPA diberikan mengikut sistem meritokrasi tanpa mengira pelajar itu daripada kaum Bumiputera atau bukan Bumiputera (mysarawak.org 17.5.2009).

Pada 20 Mei 2009, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan meminta Chin Peng selaku bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) diizinkan pulang ke Malaysia atas dasar kemanusiaan (Malaysiakini 20.5.2009).

Pada awal Jun 2009, Presiden MIC mengatakan Awang Selamat, kolumnis Mingguan Malaysia, perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana kolumnis itu memperkatakan fakta sejarah mengenai etnik India di Malaysia.

Banyak lagi contoh jika mahu dihuraikan satu persatu, temasuklah tuntutan supaya bukan Melayu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apapun, seluruh kenyataan di atas menyebabkan adanya orang Melayu yang mulai bimbang terhadap masa depan bangsa Melayu di Malaysia.

Ada orang Melayu yang mulai dibelenggu dilema siasah. Ada golongan Melayu yang mulai jadi acuh tak acuh terhadap nasib serta kelangsungan bangsanya. Ada pula kelompok Melayu liberal dan universalis yang rela mengetepikan fakta-fakta sejarah bangsanya sendiri.

Kecelaruan seperti ini di kalangan orang Melayu adalah berbahaya. Ia boleh menyebabkan survival bangsa Melayu di Malaysia di hari muka terumbang-ambing bagaikan layang-layang terputus tali.

Inilah dilema politik Melayu di abad 21. Jika sewaktu perjuangan menentang penjajah British pada 1946, orang Melayu sentiasa bersatu padu untuk menjadi kuat dan teguh, hari ini orang Melayu berpecah belah.

Pendek kata, segolongan orang Melayu pada ketika ini sudah tidak lagi menghargai kata-kata Datuk Onn Jaffar pada tahun 1946, bahawa orang Melayu wajarlah melonjak dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa Melayu menerusi perpaduan supaya tanah air dan bangsa Melayu terselamat dan kuat.

Oleh itu, orang Melayu mestilah insaf akan hal ini. Maruah kita sedang dicabar. Masa depan kita terumbang-ambing. Keistimewaan kita dipersoalkan. Raja-Raja Melayu dipersenda-sendakan. Kita perlu kembali bersatu demi masa depan kita bersama.

Kita perlu gabungkan seluruh tenaga dan pemikiran kita untuk mempertahankan Melayu dan ketinggian syiar Islam dalam konteks Malaysia yang majmuk. Kalau kita berpecah belah, kita akan kalah. Kalau kita terus berbalah, kita akan dibelah-belah.

Kalau kita bersatu, suara dan tindakan kita akan jadi jitu, dihormati dan digeruni oleh pihak kawan dan lawan. Oleh sebab itu, marilah kita bersatu padu demi orang Melayu dan demi rakyat Malaysia seluruhnya.

Orang Melayu juga mesti tidak takut dan tidak gentar untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan kita di bumi bertuah ini. Kita tidak perlu curiga untuk menyatakan hakikat bahawa Melayu adalah paksi kepada segala-galanya di Malaysia yang berbilang keturunan.

Sejarah Melayu adalah paksi kepada sejarah Malaysia. Kebudayaan Melayu adalah paksi kebudayaan Malaysia. Kesejahteraan Melayu adalah paksi kepada kesejahteraan Malaysia. Kemakmuran Melayu adalah paksi kepada kemakmuran negara. Kestabilan politik Melayu adalah paksi kepada kemantapan siasah nasional.

Segolongan pihak bukan Melayu yang sering mempertikaikan keistimewaan orang Melayu di Malaysia mestilah insaf bahawa orang Melayu memang sentiasa rela untuk berkongsi kuasa dengan bukan Melayu di negara ini.

Hakikat ini terbukti bila orang Melayu langsung tidak membantah tindakan British menjadikan pendatang Cina dan India sebagai warganegara Malaysia menerusi kemerdekaan tanah air pada 1957.

Tapi, janganlah bersikap seperti Belanda minta tanah: dah diberi seinci, nak lagi sekaki. Janganlah jadi duri dalam daging. Jangan pura-pura lupa kepada sejarah. Jangan dicabar kewibawaan Melayu. Jangan diuji kesabaran orang Melayu.

Hidup kita bersama yang aman, makmur, rukun dan damai selama ini jangan diharu-birukan. Masa depan kita bersama sebagai rakyat Malaysia, jangan digerhanakan dengan tuntutan demi tuntutan yang ekstrem dan melulu. Hormatilah orang Melayu dan Bumiputera sebagai pribumi.

SURUHANJAYA REID KHAS BUAT KAUM PENDATANG MEMAHAMINYA!!!






petikan dari http://www.gomounited.com/2009/06/suruhanjaya-reid-khas-buat-kaum.html

DOKUMEN ASAL SURUHANJAYA REID
DIBAWAH INI PULA PETIKAN ARTIKEL DARI BLOGG CHE DET BERTARIKH 12 JULY 2008

KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.

SUMBER PARPUKARI

AKU BUKAN LAH BERSIFAT RACIST DENGAN MENGHINA MEREKA YANG MENUMPANG KAT TANAH MELAYU INI.AKU MEMPERTAHANKAN HAK AKU YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA. KALAU ADA YANG TAK PUAS HATI DENGAN ULASAN AKU SILAKAN BUAT LAPORAN POLIS!!!

DI MALAYSIA INI SESIAPA PUN BOLEH HIDUP DENGAN AMAN TAMPA GANGUAN JIKA IANYA SAH. KAUM CINA DAN DAN INDIA BOLEH MENGUMPUL KEKAYAAN TAMPA DIGANGU OLEH MELAYU. BELI LAH HARTA BANYAK MANA SEKALIPUN KAMI MELAYU TAK MENGGANGU KAUM CINA DAN INDIA.

MALAYSIA TANAH MELAYU DAN IANYA DIAKUI OLEH SELURUH DUNIA. SO SEDAR-SEDARLAH BANGSA LAIN. JANGAN MEMINTA HAK YANG KAMI ADA. SEBALIKNYA BERSYUKUR LAH ANDA MASIH BERNAFAS HIDUP DI BUMI MALAYSIA INI.

HAK KAMI BANGSA MELAYU TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN.

KERAJAAN MALAYSIA HARUS MEMBERIKAN PENEKANAN DALAM HAL SEJARAH MALAYSIA INI KEPADA BANGSA CINA DAN INDIA. MALAH BANGSA MELAYU JUGA HARUS DI TEKANKAN DENGAN SEJARAH!!!

SEKOLAH CINA DAN INDIA TIDAK MENDALAMI SEJARAH MALAYSIA INI DAN INI PERLU DI BERI PERHATIAN YANG SERIUS BUAT KERAJAAN MALAYSIA.

MELAYU HARUS BERSATU
MELAYU HARUS BERSATU
MELAYU HARUS BERSATU
Posted by GOMO at 11:00 PM
Labels: SURUHANJAYA REID
Posts Relacionados

* SURUHANJAYA REID KHAS BUAT KAUM PENDATANG MEMAHAMINYA!!!

4 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif), June 7, 2009 11:52 PM

kalau ikhlas maka sejarah kontrek sosial ni wajib masuk dalam karangan dll dlm Bahasa Malaysia@Melayu yang wajib semua pelajar 1Malaysia LULUS. Buat ini jangan dolak dalih atau cakap manyak lagi.....
Parpu Kari, June 7, 2009 11:53 PM

TQ BRO! MELAYU HARUS BERSATU!
Anonymous, June 8, 2009 2:37 AM

kalau nak taraf bumi:-

1. hapuskan sekolah perkauman
2. harta kekayaan perniagaan dimiliknegarakan jika mahu lari ke negara asal pendatang.-jika ekonomi gawat/ huruhara.
3. Jgn mempersoal Islam agama rasmi & kuota.
4. kalau besar kepala juga..jgn nak sibuk2 mahu taraf bumi atau mohon kerakyatan lain.

Lu ingat kita orang bongok mcm Nuar & Paklah??
Anonymous, June 8, 2009 2:40 AM

Gomo 2 said...

Cina = China

India = India

European = Europe = Amerika = NZ & Australia


Melayu = Kepulauan Arab?? ceh jadi macai la korang.hidung kemek, muka hitam, cakap english taktau, mengaku orang arab. jadi kulibatak angkat air layak la.

Memang Arab beragama Islam ketika ini, tapi adakah orang2 Arab yg kaya tolong mangsa sunami??

Ya mereka tolong, tapi bukan disebabkan ikhlah sangat, tetapi selepas Indon mempersoal kenapa Amerika terlebih dulu membela mangsa tsunami???


Tamil nadu menyokong Hindraf & memberi amaran kpd Malaysia??
Mengapa Hindraf mengadu nasib kpd Tamil Nadu??

June 4, 2009 6:04 PM


korang (paria, Cina & orang2 Pas yg masuk suyrga)
kalau malaysia kacau bilau sebab layan puak2 paria ni (mcm Tamil elam)

-boleh balik india, bombay, tamil nadu, sri lanka.- mcm tamil elam.

-yg cina boleh pg HK, Taiwan dll.

Melayu, sakai, iban semua peribumi nak pi mana??

Diorang semua gergasi Global. Besar sangat nak himpit melayu yg kecik ni.
rakyat cuma 10% (paria) tapi mintak macam2 macam bapak dia punya syurga.

itu blm masuk cina & india yg masuk tanpa passport tp lama2 claim takdapat IC..

Malaysia keciik aje..baik sangat mcm Paklah, habis la ko dipijak.

Korang yg sibuk bela pendatang ni? penah keje bawah Paria & Cina?? kalau pernah keje bawah diorang baru korang tau kenapa takbuleh bagi muka.

June 4, 2009 12:22 AM