Tuesday, March 10, 2009

melayu akhir zaman

Survival Bangsa Melayu! Sejak akhir-akhir ini, L tersangat-sangat tidak confident dengan masa depan bangsa melayu.. kalau betul laaa tekaan teori RAHMAN, "N" adalah Perdana Menteri Malaysia yang terakhir terdiri daripada orang melayu, dan kemudian Malaysia akan jadi Republik seperti Singapura... Tiada ketuanan melayu, tiada subsidi, tiada biasiswa, tiada kuota dan terakhir tiada agama rasmi ISLAM. nauzubillah.. !!!

Bangsa Cina dan India mempunyai tanah untuk ditujui sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak di ingini, tetapi kepada bangsa melayu yang ada hanya tanah melayu. Langau terfikir sejenak. Adakah kita mempunyai tanah lain didunia ini selain Tanah Melayu?. Survival kewujudan bangsa melayu memang tak hilang dan pernah dijajah beratus-ratus tahun.. tetapi cara bagaimana kita akan hidup 100 tahun lagi di tanah air tercinta ini.. sebagai jurutera, peguam, doktor atau............? anak cucu kita bagaimana? nampak macam gelap. 45% biasiswa sudah dapat ke tangan bukan bumiputra.. perkara ini termaktub didalam perlembagaan.. tetapi telah diubah dan disokong oleh anak bangsa kita sendiri? L ada menonton pengumuman ini di Television.. Anak melayu bergelar Menteri penuh ini memberi pengumunan dengan wajah yang bersahaja saja... hahahaha sial..

Golongan kapitalis semakin banyak.. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin akan bertambah miskin. Memang benar. Bandar-bandar besar akan dikuasai oleh mereka.. KL, Gorgetown, Melaka, Seremban. JB. barang makanan kita seperti tepung, beras, gula dan pelbagai barangan keperluan lain dimonopoli mereka.. sampaikan ke sektor pembinaan, pengangkutan dan telekomunikasi.. Cuba senaraikan berapa ramai billionair melayu.. yang langau tau Tan Sri Syed Al-Bukari . nasib baik ada sorang.. yang lain p mana.. kerajaan kita di kuasai oleh orang melayu.. tetapi kenapa kekayaan ni tidak diperolehi oleh bangsa kita..adakah kita ini terlalu lemah? atau kita tidak dibantu?

Bangsa melayu pada satu hari nanti tidak mustahil akan berhijrah beramai-ramai kewasan hutan.. mungkin SIK atau Baling kot bagi orang Kedah.. Buat la kerja-kerja kampung.. nak kerja elok macamana.. kelulusan takdak.. mintak la jadi kerani ka pembantu tadbir rendah. Macam kuli laa dalam sektor kerajaan.. tu pun berapa kerat.. yang selebihnya.. jadi... ahh malas nak cerita. Nasib baik la jugak ada kerajaan boleh jugak bekerja.. nanti kalau dah bertukar ke republik.. mampus korang.. lepasan IPT keluar menganggur pasal tiada kualiti.. nak kerja dengan swasta..haha jgn harap diorang nak ambil.. kena tahu bahasa mandarin laa, yang pempuan bukak kena tudung, kantonis laa, kena pandai sosial la.. kita kena tahu hampir 80% pegangan ekuiti dalam perniagaan di Malaysia ni adalah hak milik kaum BUKAN bumiputera! tepuk dada tanya selera.. kalau kerja swasta lagi teruk kena belasah.. kerja lebih teruk dari bangla.. ada kerja yang paling senang untuk dapat duit?... jawapannya ada - 3M "merompak", "menipu", "mencuri"

Ada melayu penipu sanggup tipu melayu. buat skim ala MLM.. tapi bila ditanya jawapan ..bukan. ini skim pelaburan. ajak orang melayu join..sekali bayar Rm300, setahun bleh dapat rm 8 ribu Wow!.. dah laa sebelum ni kena tipu ngan skim pelaburan dalam internet.. swisscash laa apa la.. pinjam duit koperasi Rm 20 ribu bayar 10 tahun.. sekarang melopong.. duit hilang.. anak nak mintak duit sekolah pun merungut.. anak-anak demoralized dari belajar..

Kepada golongan yang berpendapatan tinggi dan berpelajaran, L dapati kebanyakan mereka ni sudah hilang akal, takbur, tidak mahu @ tidak tahu bersyukur dengan kejayaan dan kelebihan yang dimiliki. kebanyakkan mereka telah dikuasai oleh ego dan perasaan tamak, kemaruk kuasa dan pengkat. Silalah tuan-tuan merenung kembali dari mana asal keturunan bangsa kita. Siapa lagi yang hendak menolong kita kalau bukan bangsa kita sendiri. adakah kita hendak mengharapkan orang lain yang bantu? kirim salamlah..

Langau bukan nak merendahkan bangsa sendiri.. tapi inilah realiti.. orang kita buat adegan "projek" amik gambar. dialah pelakon merangkap pengarah merangkap cameraman. Yang lelaki tak nampak muka.. pempuan sahaja yang clear.. yang pempuan tu bukannya sesiapa MELAYU.. pastu send bluetooth kat handphone.. Tengok sahajalah di Pulau Pinang. Balik Pulau..sedih... tiada apa-apa..sebab melayu duduk situ.. selepas ini apa lagi..

Monday, March 9, 2009

doa-doa pelindung

ayat pengerak

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan
yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

ayat berkubu

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

ayat 1-9 surah yassin

(1) Yaa Siin.
(2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah,
(3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,
(4) yang berada) di atas jalan yang lurus,
(5) sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
(6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.
(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.
(8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.
(9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA
1.Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2.Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

ayat kursi

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca
ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.





CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari