Tuesday, May 15, 2012

Bukan racist tapi hakikat

Bukan racist tapi hakikat.
Majoriti bukan semua - orang CINA sememangnya pantang dalam urusan business kalau ada MELAYU diatas untuk berurusan. Kalau nak deal satu-satu urusniaga bila ada bangsa MELAYU diorang memang tak setuju. Contoh permit AP, Kontaktor kelas F dan sebagainya. Jadi hakikat Pakatan Rakyat yang ditunjangi DAP CINA yang sememangnya menentang Kerajaan Melayu memang tidak dapat dinafikan. Orang Cina beralih kepada Pakatan Rakyat kerana semamangnya pakatan ini tidak akan mempertahankan Hak-Hak Bumiputra iaitu orang MELAYU seperti yang terkandung dalam perlembagaan. Biarlah orang melayu UMNO sekalipun mendapat projek kerajaan mereka tetap membeli barangan halal orang ISLAM kita juga seperti ayam, beras dan sebagainya tetapi jika CINA yang mendapat kuasa adakah mereka akan berbuat demikian? sila rujuk kerajaan negeri Selangor. Banyak mana projek-projek yang sepatutnya menjaga orang MELAYU telah beralih kepada CINA. Kontraktor CINA jika mendapat projek adakah akan memberikan kepada orang MELAYU? jawatan TIDAK. Orang Melayu kita seburuk manapun tetap orang ISLAM.
Kita selalu lihat di akhbar-akhbar sememangnya orang MELAYU sangat susah untuk bekerja di Syarikat-Syarikat Cina. Dengan mengenakan pelbagai syarat kelayakan masuk yang sememangnya tidak masuk akal seperti mesti fasih berbahasa mandarin dan pointer CGPA yang sangat tinggi semamangnya orang MELAYU tidak akan kemana. Terpaksa berkoyan-koyan datang memngisi borang SPA 8 bagi memohon kerja. Menurut perangkaan daripada JPA, menjawat awam secara tetap adalah berjumlah 1.5 juta sahaja tetapi bagi membolehkan orang-orang MELAYU ini bekerja kerajaan melalui kementerian terpaksa mengambil hampir 400 ribu pekerja MELAYU kontrak untuk bekerja demi menyara kehidupan keluarga. Perkara ini tidak disenangi oleh DAP.
Dalam membantu orang-orang melayu, kerajaan memperkenalkan bayaran zakat pendapatan yang dipotong terus daripada cukai LHDN. sekiranya ada dikenakan cukai RM100 dan bayaran zakat pendapatan anda RM100, anda terus tidak dikenakan cukai. Wang ini tidak masuk ke dalam hasil negara yang boleh digunakan oleh semua bangsa. Wang ini akan digunakan oleh Zakat Negeri bagi menguruskan bantuan kewangan kepada yg memerlukan. Jadi siapa yang memerlukan wang bantuan tersebut? Orang Melayu. Hal ini sangat tidak disenangi oleh DAP.
Masyarakat CINA ini sememangnya sangat mementingkan bangsa mereka. Jika dilihat di Korea mahupun Jepun, mereka sangat menyekat perniagaan-perniagaan oleh bangsa ini kerana mereka sudah tahu akan potensi masalah yang akan timbul kelak. Monopoli dan pentingkan bangsa. Oleh sebab demikian mereka JARANG mendapat tempat disana.
Perkara penting yang Orang Melayu harus ingat Kabinet Bayangan apabila Pakatan Rakyat memerintah. LIMA Kementerian UTAMA seperti Kewangan, Pelajaran, Pertahanan, MITI dan Kementerian Dalam Negeri akan dipegang oleh TAIKO-TAIKO DAP CINA?! anda boleh rujuk laman web DAP. adakah anda setuju? atas dasar perkongsian kuasa Kerajaan MELAYU memberikan mereka jawatan TIMB. MENTERI tetapi bukan MENTERI. Jawatan menteri hanya untuk kementerian-kementerian yang tidak penting seperti dalam DUN Pulau Pinang. Orang Melayu PAS hanya jaga agama.  EKONOMI dan KEWANGAN DAP jaga. Bagi masyarakat CINA mereka tidak suka kepada perkara ini.
Berbalik kepada perkara asas.
Jika dilihat kepada senarion yang berlaku dalam politik malaysia sekarang, Siapa yang mendengar siapa dalam perkongsian kuasa? Siapa YES kepada SIAPA. perumpamaan!
BN : MELAYU UMNO DAHAN POKOK - MCA,MIC daun ranting

Pakatan Rakyat : DAP DAHAN POKOK - PAS dan PKR daun ranting

Hakikatnya kebanyakan penyokong MELAYU tegar PAS dan PKR merupakan orang-orang frustated atau kecewa selama 56 tahun UMNO memerintah. Mungkin tidak mendapat habuan, kekayaan dan Jawatan sepertimana orang-orang UMNO perolehi. Jika mereka tunggu dalam UMNO sekalipun sampai ketua bahagian mati baru boleh menjawat jawatan tersebut. Peminpin UMNO jika dilihat banyak juga yang bersikat SOMBONG dan tidak mahu turun padang untuk bertemu rakyat. Mereka juga harus memperkenalkan calon dihati rakyat dan bukan nya ketua bahagian. Calon dihati rakyat mestilah orang tempatan sendiri seperti cikgu-cikgu, ahli-ahli masjid yang sememangnya sangat dikenali dan dihormati oleh masyarakat setempat. Dengan berkereta mewah dan rumah rumah besar sememangnya ini dicemburui oleh masyarakat terutamanya orang MELAYU sendiri. Masyarakat MELAYU lebih banyak bertumpu kepada masjid dan surau ataupun majlis keagamaan tetapi kelibat mereka ini jarang kelihatan. Sesiapun yang memerintah tidak kira MELAYU,CINA,INDIA akan mengaut keuntungan atas tiket politik iaitu KUASA memerintah yang diberi rakyat tetapi haruslah berpada-pada.
Bagi Sistem Pilihanraya, Sistem yang ada di Malaysia sudahpun yang terbaik. Jika anda pernah menjadi Ketua pusat Mengundi akan akan dapati tidak ada ruang dan peluang untuk manipulasi berlaku. Senarai nama pengundi telah diberikan kepada kedua-dua parti bertanding untuk menyemak. Sekiranya berlaku bantahan boleh kemukan kepada SPR untuk semakan. Semasa hari mengundi kedua-dua wakil bertanding ada didalam pusat mengundi dan menanda di list nama masing-masing setiap pengundi yang mengundi. Dan apabila pusat mengundi ditutup kedua-dua wakil akan mengiringi peti undi ke Pusat Pengumpulan Undi untuk dikira. Peti undi akan dikira bersama-sama dengan pengawai SPR. Sekrianya berlaku kelemahan senarai pengundi kedua-dua pihak harus bekerjasama membersihkan senarai tersebut kerana hakikatnya tiada senarai pengundi yang bersih 100% di dalam mana-mana negara dunia ini.
Kita sebagai rakyat malaysia harus menjaga keamanan negara kerana keamanan yang kita kecapi selama ini tidak boleh dibeli dan dibina dalam masa yang pendek. Walaupun sekarang jika dilihat IKATAN PERKAUMAN antara KAUM adalah RAPUH. Banyak perkara perlu dilihat. Sistem Persekolahan dan sebagainya. Setiap bangsa/ kaum harus disatukan dari awal zaman kanak-kanak lagi bagi memberikan mereka pergaulan dan memahami budaya masing-masing. Jika kita hendak temukan mereka apabila sudah dewasa dan zaman pekerjaan sememangnya sukar untuk pemahaman budaya ini berlaku. Anda yang memilih untuk menentukan masa depan negara.
Apapun yang berlaku
Kedua-kedua parti kerajaan mahupun pembangkang mempunyai keburukan yang sememangnya terserlah lagi nyata. Itu tidak dapat dinafikan. Jadi pilihanraya yang akan berlaku sedikit masa nanti merupakan medium terbaik bagi meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati rakyat seperti yang berlaku pada tahun 2008. Hakikat Pakatan Rakyat sendiri tidak menyangka akan menang besar dalam pilihanraya tersebut.
Saya sebagai penjawat awam sangat memohon kepada pihak bertanding mencalonkan orang-orang yang beretika dan beramanah untuk menjadi CALON. Setiap kali menghadiri persidangan Parlimen, HAKIKAT yang dapat ditonton AHLI YAB CINA dari DAP dan PKR paling tidak beradap. Itu adalah kenyataan terutama apabila ada ahli MELAYU UMNO yang menbawa hujah akan di BOO dan mereka akan membuat bising dan sebagainya. Yang peliknya tidak berlaku apabila AHLI YAB dari MCA yang berhujah. Pelik dan nyata.
Amalan politik perkauaman sememangnya tidak akan memenangkan pihak terutamanya DAP kerana masyarakat CINA hanya mempunyai majoriti undi 30% di Malaysia. Oleh yang demikian mereka memerlukan pengikut dan parti yang boleh bersatu dengan mereka untuk memerintah.

Friday, June 18, 2010

Jadual Piala Dunia world Cup 2010 South Africa RTM

MATCH DATE KO TIME TRANSTIME ROUND MATCH Station
1 11 JUN 22:00 21:00 GROUP A SOUTH AFRICA vs MEXICO RTM TV1
3 12 JUN 22:00 21:30 GROUP B ARGENTINA vs NIGERIA RTM TV1
5 13 JUN 02:30 02:00 GROUP C ENGLAND vs USA RTM TV1
7 14 JUN 02:30 02:00 GROUP D GERMANY vs AUSTRALIA RTM TV1
14 16 JUN 02:30 02:00 GROUP G BRAZIL vs KOREA DPR RTM TV1
15 16 JUN 19:30 19:00 GROUP H HONDURAS vs CHILE RTM TV2
18 18 JUN 02:30 02:00 GROUP A FRANCE vs MEXICO RTM TV1
23 19 JUN 02:30 02:00 GROUP C ENGLAND vs ALGERIA RTM TV1
25 19 JUN 19:30 19:00) GROUP E NERTHERLANDS vs JAPAN RTM TV1
24 19 JUN 22:00 21:30 GROUP D GHANA vs AUSTRALIA RTM TV1
27 20 JUN 19:30 19:00 GROUP F SLOVAKIA vs PARAGUAY RTM TV2
28 20 JUN 22:00 21:30 GROUP F ITALY vs NEW ZEALAND RTM TV1
29 21 JUN 02:30 02:00 GROUP G BRAZIL vs IVORY COAST RTM TV1
30 21 JUN 19:30 19:00 GROUP G PORTUGAL vs KOREA DPR RTM TV2
35 23 JUN 02:30 02:00 GROUP B NIGERIA vs REP KOREA RTM TV1
38 23 JUN 22:00 21:30 GROUP C USA vs ALGERIA RTM TV1
39 24 JUN 02:30 02:00 GROUP D GHANA vs GERMANY RTM TV1
44 25 JUN 02:30 02:00 GROUP E CAMEROON vs NERTHERLANDSRTM TV1
47 26 JUN 02:30 02:00 GROUP H CHILE vs SPAIN RTM TV1
49 26 JUN 22:00 21:30

2nd ROUND 1st GROUP A vs 2nd GROUP B RTM TV1

50 27 JUN 02:30 02:00 2nd ROUND 1st GROUP C vs 2nd GROUP D RTM TV1
51 27 JUN 22:00 21:30 2nd ROUND 1st GROUP D vs 2nd GROUP C RTM TV1
52 28 JUN 02:30 02:00 2nd ROUND 1st GROUP B vs 2nd GROUP A RTM TV1
53 28 JUN 22:00 21:30 2nd ROUND 1st GROUP E vs 2nd GROUP F RTM TV1
54 29 JUN 02:30 02:00 2nd ROUND 1st GROUP G vs 2nd GROUP H RTM TV1
55 29 JUN 22:00 21:30 2nd ROUND 1st GROUP F vs 2nd GROUP E RTM TV1
56 30 JUN 02:30 02:00 2nd ROUND 1st GROUP H vs 2nd GROUP G RTM TV1

57 02 JULAI22:00 21:30 OUATER FINAL 1 WINNER MATCH 53 vs WINNER MATCH54 RTM TV1
58 03 JULAI02:30 02:00 QUATER FINAL 2 WINNER MATCH 49 vs WINNER MATCH 50RTM TV1
59 03 JULAI22:00 21:30 QUATER FINAL 3 WINNER MATCH 52 vs WINNER MATCH 51RTM TV2
60 04 JULAI02:30 02:00 QUATER FINAL 4 WINNER MATCH 55 vs WINNER MATCH 56RTM TV1

61 07 JULAI02:30 02:00 SEMIFINAL 1 WINNER MATCH 58 vs WINNER MATCH 57 RTM TV1
62 08 JULAI02:30 02:00 SEMIFINAL 2 WINNER MATCH 59 vs WINNER MATCH 60 RTM TV1

63 11 JULAI02:30 02:00 3rd PLACE LOSER MATCH 61 vs LOSER MATCH 62 RTM TV1

64 12 JULAI02:30 01:30 FINAL WINNER MATCH 61 vs WINNER MATCH 62 RTM TV1

Monday, May 3, 2010

Chelsea New Jersey


its another good jersey from chelsea,way to go guyz

Saturday, April 17, 2010

Streamyx Unipack



Streamyx promosi melampau ni.. dari Rm50 turun ke Rm38+ netbook free lagi.. klu aku student dah lama aku register..

Facebook Chat Emoticons/Smiles



Khas kepada kaki chat Facebook!

Monday, March 22, 2010

Dialog Rasulullah S.A.W Dengan Iblis


A'udzubillahiMinasSyaitanNirrojiim

Soalan Nabi yang Pertama - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad dan engkar. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram.
Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi perkelahian, pembunuh, penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang.
Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, angkuh, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya.
Bila kena pada lidahnya, mereka akan gemar memaki, menghamun, mencela, mencarut, bercakap kasar, berdusta dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT. hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah.
Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"
Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"


Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"


Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"


Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"


Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Inisemua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."


Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."


Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"


Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"


Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"


Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"


Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"
Jawab iblis -"Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup