Tuesday, August 25, 2009

jadual Harian Seorang Muslim di Bulan Ramadan Al-Mubarak



Assalamualaikum,

Ingin saya mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang akan
menjelang dan mohon maaf di atas segala salah dan silap. Semoga Ramadhan
kita kali ini akan bertambah baik dari yang sudah-sudah dan semoga Allah
SWT:

Rezekikan kepada kita keistimewaan Lailatul Qadr, memudahkan segala
ibadah dan urusan seharian kita, menerima keampunan dan kemaafan kita,
dan menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan kita selama ini...

Persediaan kita dan mengimbas kembali:

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi - Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa :

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk
melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan
diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,
berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali
dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas
Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat
kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan
berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau
berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid
harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada
Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan
istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati
kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala
kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara
yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.

Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita
diterima.

Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk,
seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang
baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling
kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar
mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini
kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.

Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati.

Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil
ALLAH ketika tidur. Wallahualam

No comments: