Tuesday, July 30, 2013

SURAT PERTAMA UNTUK ANAKKU…. ARIFAH

KAKAK…

Masa mama tulis surat ni, kakak dah berumur 4 tahun dan dah bersekolah… tapi masih belum tau membaca. Kakak adalah anak mama dan ayah yang sulung dan mama sangat sayangkan kakak.

Masa mama mengandungkan kakak, doctor scan dan kata baby dalam perut mama baby girl dan mama memang teruja sangat because I love baby girl…. And I want to have baby girl… dan mama dikurniakan kakak anak mama yang sangat cantik…. Tapi kuat nangis masa dalam pantang!!!!(hua…huaaaa………….. sepanjang malam untuk 44 hari!!!! – just imaging mama dan mak njang tak tdo berjaga malam usung kakak satu rumah! Dan suara kakak yang teramat kuat mengejutkan satu blok rumah di taman mawar!)

Masa mula mama mengandungkan kakak mama kerja di Kuala Lumpur dan ayah di Kulim… Setiap hari Jumaat mama akan panjat bas untuk balik jumpa ayah. Mama minta tukar balik alor setar sbb nak bersalin di situ dekat rumah wan dan tok. Dan memang dah rezeki anak mama sorang ni, mama dapat tukar kedah tahun 2005. Tapi ayah pula terpaksa berulang seminggu sekali kulim-alor star untuk jumpa kita, naik motor tu..... Akhirnya ayah juga dapat tukar balik tinggal bersama2 kita….

Mama melahirkan kakak secara pembedahan, sbb kakak dah berak dalam perut mama. Kakak lahir hari jumaat jam 9 pagi (lebih2 kot) dan badan kakak penuh ruam. Jadi dr suggest mama bagi susu badan kat kakak… yang lepas tu kakak tak mau langsung susu botol!!!!

Kakak yang mama dan ayah sayang,

Masa dalam pantang, kakak kena sawan tangis… kakak akan menangis sepanjang malam. Mama dan mak njang akan rotate giliran jaga kakak. Mak njang sampai terpotong jari masa nk masak sbb mengantuk tido tak cukup jaga kakak. Mama sampai kurus la jaga kakak. Puas bomoh kami p tapi kakak tetap nangis sampai naik urat hijau di dahi. Arwah tok jah kata mungkin kakak nangis sampai habis pantang, dan alhamdulillah, 44 hari menangis… hari ke 45 kakak tido dari pukul 7 malam sampai 7 pagi. Tapi ingatkan masalah dah berakhir, masalah lain pula timbul…. Kakak tak mau minum susu dalam botol! Mama minta tok ngah Ju jaga kakak. Nasib baik dia sanggup dengar kakak nangis lapar… mama terpaksa lari2 masa pejabat sbb nak susukan kakak sampai kena marah ngan bos mama. Mama pernah berulang alik alor setar - langkawi 3 hari berturut2 sbb takut kakak meragam dan lapar… mama keluar rumah pkul 5.30 pagi. Drive sorang2 ke kuala perils naik bot pukul 6.30 pg dan sampai langkawi 7.30 sebb meeting pkul 8. pastu petang naik bot balik pkul 6.30 ptg balik nak tengok kakak. just imaging !! how much I love u. ayah pulak tak ada seminggu sekali baru balik. Ayah akan beli macam2 barang kat kakak sbb ayah pun sayang sangat kat kakak!!

Masa kakak berumur 6 bulan mak kesayangan mama tok jah telah kembali ke rahmatullah pada 12/11/2005 sbb sakit luekimia. Mama terlalu sedih sbb kehilangan insan yang telah melahirkan mama. Tok jah selalu minta nak jumpa kakak masa dia di hospital tapi mama tak boleh bawak dia jumpa kakak lama2 sbb tok jah terlalu lemah dan senang kena penyakit, lagipun kakak baby lagi antibody pun lemah. Kakak pula selalu demam. Mama sedih sbb tok jah pernah janji dgn mama dia nak jaga kakak bila dia pencen tapi tak sempat pencen, dia dah meninggal. Tok jah baik sangat, dia tak pernah marah anak2 lebih2. mama pun tak sesabar dia layan kakak. Al-fatihah untuk tok jah

Masa kakak kecil, kakak selalu meragam sampai mama dan ayah kadang2 hilang sabar dengan kakak. Mama minta maaf sebab mama selalu pukul kakak. Kakak selalu muntah atas katil… kakak selalu nangis dan bila nangis muntah2. Mama penat kerja dan kakak selalu tak dengar cakap mama terutama masa kakak dapat adik. Mama sayangkan kakak dan adik. Dua2 anak mama.

kakak sayang, tahun depan 2010 kakak akan masuk pra tadika. mama selalu doa kepada Allah yang kakak dan adik akan menjadi manusia yang berguna, anak yang bertanggungjawab kepada keluarga, beriman, terang hati, lembut hati dan segala yang baik2 untuk anak2 mama. Mama nak kakak tahu yang mama dan ayah terlalu sayangkan kakak, sebab kakak dan adik adalah nyawa mama dan ayah.WE LOVE U SO MUCH

Tuntut Bonus dituduh tidak bermoral ?

 
 
from al-banjari online 2009 by albanjari
Oleh : MN Bashah
Kenyataan balas najib terhadap tuntutan bonus tahunan oleh CUEPACS dianggap melampau oleh rakyat Malaysia. Tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan dinayatakan salah dari segi moral oleh Perdana Menteri sendiri. Beliau tergamak menyatakan sebegitu dikatakan berikutan tuntutan itu dibuat ketika keadaan ekonomi negara kini masih belum pulih sepenuhnya.

Najib yang sebelum ini cuba menyembunyikan fakta bahawa perkembangan ekonomi Negara belum sedia pulih lagi. Dalam keadaan retorik ekonomi kerajaan BN melalui Bajet 2010, Malaysia masih tegar untuk berbelanja boros untuk beberapa projek yang banyak menghabiskan duit Negara dalam masa yang sama hanya mengenyangkan perut segelintir individu.

Menurut Profesor Rajah Rasiah (UM), Malaysia gagal menangani defisit belanjawan tahunan selama 13 tahun! Defesit belanjawan ini adalah sebanyak 7.65 dari KDNK (keluaran dalam negeri kasar) 2009. Pendapatan negara hanya RM 162.1 bilion berbanding RM 176.2 bilion yang diramalkan untuk 2009. Profesor Rajah menafikan malaysia bakal mencapai target wawasan 2020 jika defesit belanjawan masih terabai.

Bonus kepada kakitangan kerajaan adalah antara piawaian umum untuk rakyat menilai kemampuan negara ini menjadi negara maju berekonomi berasaskan pengetahuan. Jika tuntutan sekecil itu dinafikan malah dikatakan tidak bermoral, igauan Dr Mahathir berkenaan wawasan 2020 hanya tinggal kenangan.

Ternyata Malaysia rugi selama mana ditadbir oleh Barisan Nasional. Kita maju dan moden di zaman pemerintahan Dr Mahathir tetapi rakyat tidak sedar betapa kita memanipulasikan hasil dalaman, mineral dan hutan untuk membeli kemodenan tanpa menjadikan agenda ekonomi baru tanpa berasaskan sumber seperti Singapura. CIA menyatakan Singapura memiliki ekonomi inovatif yang bergantung kepada eksport, penghasilan industri (terutama elektronik), IT, perubatan dan sektor servis seperti pengangkutan dan sebagainya. Peratusan sektor yang menyumbang kepada KDNK Singapura ialah Pertanian: 0%, Industri: 33.2%, Perkhidmatan: 66.8% (2008 est.) Manakala CIA menunjukkan Malaysia masih banyak bergantung dengan sumber alam untuk KDNK, Pertanian: 9.7%, Industri: 44.6%, Perkhidmatan.: 45.7% (2008 est.)

Kita ditampilkan dengan kekayaan melalui simbol-simbol bangunan, kemajuan melalui Koridor raya dan Pusat sains, sedangkan yang kita pamerkan hanya teknologi luar. Ini terbukti apabila dalam KDNK negara, hanya 0..64% digunakan untuk kajian dan pembangunan (R&D). Adakah ini melambangkan sebuah negara yang ingin maju?

Di celahan kerugian demi kerugian , kerajaan mengisytihar pula usaha untuk menjayakan F1 1 Malaysia yang cukup mahal setanding dengan projek PKFZ. Proton adalah antara syarikat yang dilibatkan walaupun sedang sakit tenat mengalami kerugian. Sedangkan Litar F1 Sepang memerlukan belanja sebanyak RM 308 juta setiap tahun inikan pula projek F1 1 Malaysia pula akan dijalankan. Mesti Cuepacs geleng kepala jika sedar fakta-fakta ini.

Tuduhan mengatakan cuepacs ingin mengambil populariti dengan perjuangan menuntut Bonus tahunan adalah satu tuduhan yang cukup tidak patut.

Jelas juga antara kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan target BN untuk merampas kerajaan Perak adalah jauh bezanya. Jika benar ramalan YB Ahli parlimen Indera Mahkota bahawa kerajaan sedang berusaha memasukkan RM 1.1 trillion ke dalam negara untuk dana pilihanraya kecil Perak, bermakna benar kakitangan kerajaan hanya diperkulikan selama ini digertak dan diugut dengan pelbagai akujanji.

Najib bercakap soal moral bila berhadapan dengan wakil kakitangannya sendiri. Gejala rasuah, penyelewengan kehakiman (kes pita VK Linggam contohnya), kezaliman polis dan SPRM tidak pula dianggap tidak bermoral. Beberapa menteri BN yang membuat kenyataan awal mungkin Teoh Beng Hock membunuh diri (sebelum disiasat) tidak pula dianggap biadab tak bermoral.

Inilah piawaian moral barisan Nasional. Terlalu banyak gambar puteri dan pemuda UMNO menunjuk punggung dalam PR Bagan Pinang, tetapi penyokong PAS pual dituduh mengganas. Tiada kesan gigitan pada badan polis, tetapi Tian Chua tetap dihukum atas tuduhan bertindak ganas terhadap polis. Inilah nilai MORAL yang najib promosikan.

Sebagai pemimpin, perlulah menangani kehendak rakyat secara berwibawa bukannya memberi tomahan sebelum dibuat perbincangan..

Kakitangan kerajaan perlu sedar betapa bajet 2010 adalah kosmetik menutup defesit warisan BN selama ini. Kerajaan memang tidak berduit untuk melayani kehendak rakyat. Jika ada agihan untuk rakyat ia dijenamakan atas label 1 Malaysia, untuk tujuan pilihanraya. Sokongan dan kesetiaan kakitangan kerajaan dibalas dengan label ‘tidak bermoral’ sepertimana layanan BN kepada tentera (pengundi POS) dalam PR bagan Pinang, kesudahannya bajet untuk pertahanan dalam Bajet 2010 tiada langsung!

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Nuruddin Bashah
(penulis tamu@ABO)
AJK Lajnah Politik Dewan Pemuda PAS Pusat

Sebelum makan check dulu….

 

                   Please jangan main taram je beli jajan... contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atau handphone... refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum-kaum yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam.

                   Yg jelas nya.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau tak pecaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... Tak hairan lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..

                  Macamana kita nak lahirkan lebih ramai islam yg betul-betul 'muslim'... dari kecil dah disuapkan dgn makanan-makanan mengarut ni... yg paling peliknya boleh pulak ada tanda HALAL bagi makanan-makanan tersebut?

                Bijakkan orang-orang kafir memperdayakan kita hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka tak akan kekal lama.. Dan ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt , org2 mukmin akan bangkit jua... wallahu a'lam.

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT
1
E
100
16
E
280
31
E
434
46
E
482
2
E
110
17
E
300
32
E
435
47
E
483
3
E
120
18
E
301
33
E
436
48
E
491
4
E
140
19
E
325
34
E
440
49
E
492
5
E
141
20
E
326
35
E
441
50
E
493
6
E
153
21
E
327
36
E
470
51
E
494
7
E
160
22
E
334
37
E
471
52
E
495
8
E
161
23
E
335
38
E
472
53
E
542
9
E
210
24
E
336
39
E
473
54
E
570
10
E
213
25
E
337
40
E
474
55
E
572
11
E
214
26
E
422
41
E
475
56
E
631
12
E
216
27
E
430
42
E
476
57
E
635
13
E
234
28
E
431
43
E
477
58
E
904
14
E
252
29
E
432
44
E
478
59
E
920
15
E
270
30
E
433
45
E
481