Wednesday, September 9, 2015

Lailatul Qadar


Assalamulaikum,

"Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul - Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan"-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan ).

Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.

"Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)'-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : "Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir".
( Kitab Durrah al - Nasihin ).

Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah  malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : "Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain"- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.

Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad  selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm'un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm'un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.

Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm'un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.

Akhirnya Syarm'un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. "Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!" Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.

Allah mengilhamkan Syarm'un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm'un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.

Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm'un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm'um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm'un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm'un.

Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.

·Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin mendekatiMu?"
·Allah: "Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!"
·Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin RahmatMu?"
·Allah: "Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!"
·Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat"
·Allah: "Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar"
·Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?"
·Allah: "Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!"
·Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?"
·Allah: "Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!"

Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-

     1.  Orang yang kekal minum arak.
     2.  Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
     3.  Orang yang memutuskan silaturahim.
     4.  Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.

Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:
"Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran  itu pada malam yang berkat...(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah. 

Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah s. w. t. Mereka ialah Nabi  Ayub, Nabi Zakaria dan Nabi Yusya. Mendengar itu sahabat Rasulullah s.a w. takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.

Ibnu Hazam berpendapat:-

· Jika bulan Ramadan 29 hari - maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang  genap.
· Jika Ramadan  genap 30 hari - maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil.

Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah s..w.t kepada umat Muhammad s.a.w. yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).

Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w." Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?"Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan itu " Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat ....". Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan.

· Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan ( Malam 7 likur ).
· Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul - Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.
·  Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap.

Sahibul-Tanbih r a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam asurah berkenaan) lalu dapat 27.

Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan  menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu  berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-

·       Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.
·       Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.
·       Hari Selasa dan Jumaat  maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.
·       Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.
·       Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. "Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya.....".

Dalam riwayat lain,"Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap- tiap satunya terdiri 1000 mahligai".

Lantas dirikanlah:-

1.  Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2.  Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim), selawat (Allahumma sholli'ala saidina Muhammad).
3.  Sembahyang sunat tahajjud.
4.  Sembahyang sunat tasbih.
5.  Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,alaikat, hendaklah segera membaca: "Allahumma innaka 'afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anni waghfirli".

Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-

{       Doa.
{       Beristighfar.
{       Bertasbih.
{       Bertahmid.
{       Bertakbir
{       Bersedekah
{       Menjaga maruah dan akhlak
{       Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
{       Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).

Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:

{       Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
{       Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
{       Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan
{       Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!

Sabda Rasulullah SAW "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat". Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Ubat Demam Campak

Daun Mambu

Cuba Salah Satu di bawah:

1. Daun Mammu / Mambu - Rendam dalam air dan mandi & letak bawah cadar tilam utk kurangkan gatal
2. Daun Goncaq - Rendam dalam air dan mandi
3. Daun Belimbing Buluh - Rendam dalam air dan mandi
4. Buah Randa - Beli kat kedai ubat cina - Rendam dalam air dan mandi

Air jelum
1. daun bunga melur dan asam jawa
2. daun bunga raya





Analisis Kesuburan


Pada satu hari, seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah berjumpa dengan  seorang doktor untuk membuat analisis kesuburan dan jumlah kandungan sperma yang ada dalam air maninya. Kemudian doktor itu pun memberikan sebuah botol lalau berkata,                                                
                                                                            
'Pakcik ambil botol nie, esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik kat dalam botol nie ye.'                            
                                                                            
Pada keesokan harinya, lelaki tua datang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor itu semalam. Tapi doktor tu tengok takde apa pun yang terisi kat dalam botol tu, kosong jer. Doktor tu bertanya ler kat orang tua tu, 'Apsal pakcik tak isi contoh air mani pakcik dalam botol    
nie??'.                                                                    
                                                                            
Lelaki tua tu pun menjawab, 'Tuan doktor, ceritanya begini, pada mulanya tu, saya guna tangan kanan saya, tapi tak dapat jugak. Kemudian saya gunakan plak tangan kiri, pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri saya tolong. Isteri saya guna tangan kanan pun tak dapat, tangan kiri pun tak dapat. Kemudian isteri saya pakai mulut plak, tak dapat jugak. Pas tu dier gunakan gigi, pun tak dapat. Susah betul, sebab kami dah habis ikhtiar, saya panggil anak perempuan jiran sebelah rumah kami, dier pakai tangan dengan mulut jugak, pun tak dapat-dapat jugak', terang lelaki tua tu.                                                                                                                                             
'APA??? Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..???', tanya doktor tu terkejut beruk. Lelaki tua tu pun menjawab lagi,                
                                                                            
'Ya., betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami cuba, tapi masih jugak tak dapat nak bukak PENUTUP BOTOL nie!!!'...                                    

Tuesday, September 8, 2015

Gengsterisme sudah menjadi industri


NORUTUL ILHAM MD JAR

           


SUSULAN pendedahan wujudnya kegiatan kongsi gelap atau gengster di negara ini, ada pihak yang mendakwa kumpulan ini mempunyai kaitan dengan ahli politik.

Hubungan ini dibuat khusus untuk mengukuhkan kedudukan seseorang atau kumpulan tersebut.

Ikuti temubual wartawan Sinar Harian, Norutul Ilham Md Jari yang berkesempatan bertemu individu yang mengetahui berhubung dunia gengsterisme, Datuk Seri Dr Suleiman Mohamad juga bekas Timbalan Menteri Penerangan.

Boleh Datuk terang sedikit mengenai kongsi gelap?


DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Macam-macam nama kumpulan kongsi gelap, ia dibawa daripada negara China semasa perang zaman Revolusi China, jadi apabila ramai kaum Cina datang ke sini (Malaysia) mereka buka pula di sini.

Memang sudah lama kongsi gelap sudah ada dalam negara ini, contohnya kumpulan 24, tapi dalam bahasa Cina, ia dipanggil 'Je Si', di bawahnya ada kumpulan Long Foo Thong (Harimau Naga).

Kemudian di bawah, ada 'Ji Si' (24) Leng Ho, 789 juga sama, iaitu cara kira tujuh tambah 8 tambah 9 sama dengan 24.

Ada juga kumpulan 38 iaitu tiga darab lapan sama dengan 24, ada juga kumpulan 969 iaitu sembilan tambah enam tambah sembilan sama dengan 24 (kau luk kou), Kao Long Pong (9 Naga) ada juga kumpulan 21 Brothers, ada juga Lok Wan.

Kemudian bawah ini, ada kumpulan Hong Fa (08), kemudian Waiki (04) yang semua orang heboh-heboh sekarang, kemudian ada 36. Ini kumpulan-kumpulan yang besar ini.

Semua masuk sini, asal usul memang dari China, tapi ‘askar-askar’ kumpulan gengster ini majoritinya satu kaum sahaja, di bawah kumpulan 24, memang banyak lagi pecahan kumpulan, mereka ini memang bergiat aktif.

Sesama mereka ini sebenarnya musuh. Kenapa mereka guna nombor?


DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Itu saya sendiri tidak faham kenapa.


Adakah undang-undang negara kita tidak cukup ketat memandangkan kongsi gelap semakin berkembang.


DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Mereka ini kumpulan haram yang tidak berdaftar, mereka ini 'under world society', Mereka akan pegang kawasan, contohnya kawasan sana 04, kawasan ini, Lok Wan punya, jadi dia jadikan macam itu, aktiviti dia peras ugut, kembang kepada judi haram, pelacuran, mereka akan bergaduh jika ada kumpulan langgar kawasan milik kumpulan lain.


Kerana kawasan itu dia ‘bangunkan’, aktivitinya sejak zaman merdeka sehingga sekarang dia tumbuh silih berganti, tetapi semuanya aktiviti-aktiviti jenayah.

Memang semua ini perlukan undang-undang, kita sudah cukup undang-undang kita, kemudian kita dulu ada Ordinan Pencegahan Jenayah (PCO), tangkap, lepas itu buang daerah.

PCO adalah di bawah kuasa polis, tapi sekarang banyak undang-undang kita batalkan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), PCO pun dibatalkan. Ada kesan daripada pemansuhan, banyak undang-undang kita bagus, tapi sekarang kerajaan kita ambil tindakan untuk menubuhkan skuad seperti Ops Cantas, walaupun baru dilaksanakan ia cukup berkesan.

Apa pandangan Datuk Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan nama-nama kumpulan kongsi gelap?


DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Bagus, orang sambut baik, kerana semasa PRU lepas, banyak parti-parti politik ada kecenderungan menggunakan gengster, sama ada gengster Melayu ataupun bukan Melayu. Rakyat tidak begitu selesa apabila parti politik terlibat dengan gengster. Jumlah ahli-ahli gengster ini sudah cecah 70,000.


Orang awam tahu parti-parti politik guna gengster untuk mendapat undi, disebabkan itu undi yang diharapkan tidak dapat, duit habis. Kita mengatakan bahawa PRU lalu ada parti-parti politik guna gengsterisme untuk dapat undi tetapi daripada godfather, arahan turun ke bawah tidak sampai, duit habis.

Saya tahu stok duit yang dibelanjakan ada yang mencecah sehingga RM17 juta. Ini yang tidak disenangi rakyat, tentulah polis tak senang la, bila kamu guna gengsterisme untuk raih undi. Jadi gengster ini naik lemak, pasal dia diiktiraf, tapi tindakan Ops Cantas ini bagus. Jadi kita dapat bagi keyakinan  daripada orang awam. Bila ahli politik guna gengster, tidak bagus untuk negara, kerana mereka ini penjenayah, takkan gunakan mereka.

Adakah benar kongsi gelap ini menyebabkan jenayah semakin meningkat dan  pembunuhan upahan itu daripada kumpulan kongsi gelap?


DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Hanya penjenayah boleh buat kerja-kerja seperti ini, susah untuk kita nak pastikan soal ini, tapi hanya orang macam ini yang mampu buat kerja macam itu. Tapi kita tidak tahu sama ada organisasi dia yang bagi arahan, mungkin mereka ini contohnya daripada kumpulan Waiki (04), ini bahasa Hookien, jadi pasti penjenayah ada daripada kumpulan kongsi gelap.


Bagaimana pandangan Datuk untuk kita membanteras kumpulan kongsi gelap?


DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Susah nak bendung, kalau dengan Ops Cantas itu hanya boleh kurangkan, kalau nak bendung ia seperti sudah jadi budaya terutamanya dalam masyarakat Cina.


Mereka ini ada sumpah tersendiri, contohnya lambang tangan yang menggambarkan kumpulan mereka. Kalau Gengster Melayu ini berasal daripada 'fisabilillah', tahun sebelum merdeka dan awal merdeka, lepas itu kumpulan fisabilillah ini terbahagi kepada dua.

Satu tentera semut, tentera semut ini yang buka Pekida (Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia) ini, Kerajaan iktiraf Pekida sebab dia berdaftar, tapi Pekida ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu, mereka ini bukan gengster, tapi jika ada di antara mereka terlibat dengan kegiatan gengster, kita akan takrifkan dia sahaja sebagai penjenayah.

Jadi gengsternya adalah ahli, bukan pertubuhan. Kalau ahlinya terlibat dengan jenayah, maka hanya dia sahaja penjenayah. Pekida bukan tergolong daripada kumpulan kongsi gelap.

Boleh Datuk ceritakan mengenai tragedi berdarah negara pada 13 Mei 1969?


DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Saya bercakap berdasarkan ahli akademik, dalam isu 13 Mei ini pengenalan kaum berdasarkan ekonomi cukup ketara, keadaan Melayu ketika itu teruk, ia berlaku di kampung saya sendiri kerana saya anak Kampung Baru.


Ayah saya meninggal semasa 13 Mei, apabila kita terlalu mundur dan orang yang bukan Melayu agak maju, maka rasa tidak puas hati dan jadi isu politik. Maka jadilah 13 Mei. Faktor ekonomi yang mewujudkan isu politik kerana Melayu miskin. Jadi dia orang menggunakan benda ini untuk lebih kepada segi politik.

Sejak daripada dulu lagi, mereka (Cina) mahukan kuasa politik, itu sebab mereka tak undi BN, itu sahaja.

Apabila disebut Lim Kit Siang 'Malaysia for Malaysian 1982', ini mencerminkan bahawa dia tidak terima konsep Bumiputera, kuasa politik Melayu, mereka mahukan sama-rata. Kemudian, datang pula (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang mengatakan sama rata sama rasa, itu asas yang mereka nakkan dan selepas itu (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak pula membawa konsep 1Malaysia.

Apakah perbezaan kumpulan kongsi gelap dulu dan sekarang?


DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Zaman dulu daripada penelitian saya, organisasi dulu berpersatuan, berkomrad, persaudaraan. Jika dia daripada kumpulan ini, dia ada komrad sendiri.


Dia juga ada pergaduhan dengan kumpulan lain kerana perbezaan kumpulan dan kerana kawasan, tidaklah kegiatan itu menjolok sangat  kerana kegiatan peras ugut dilakukan secara tersembunyi. Namun, tidaklah sampai kepada jenayah-jenayah berat seperti pembunuhan yang kita dengar seperti hari ini.

Hari ini, dia (kongsi gelap) tidak berdasar kepada ritual itu, kumpulan gengster ini sebenarnya ada tokong sendiri. Komrad mereka sangat kuat. Sekarang, nampak ‘sofistikated’ sikit, mungkin kumpulan ini sudah meningkat daripada segi budaya dan kehidupan, gaya hidup dan juga pendidikan. Jadi dia lebih ‘sofistikated’ sampai sanggup ambil upah bunuh orang.

Kita dahulu ada undang-undang sesiapa kalau ada pistol, kena hukum gantung sampai mati. Tapi undang-undang sekarang sudah tidak ada, jadi orang berani pegang pistol sekarang. Ini yang nak ditekankan kerajaan, supaya undang-undang lebih ketat dan supaya rakyat lebih yakin mereka akan selamat.

Sekarang kita nak hidup pun takut, kerana jenayah gengsterisme sudah dijadikan industri, tidak lagi berdasarkan ritual seperti orang-orang lama, tapi sudah jadi industri.

Adakah benar gengster wujud kerana adanya pengaruh media?


DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: “Ya, terutamanya bila anda lihat sendiri filem India. Dia punya elemen keganasan itu nampak boleh mempengaruhi. Media memang boleh mempengaruhi penonton, ini termasuk menerusi sosial media, surat khabar atau TV yang mampu pengaruhi peribadi dan pemikiran seseorang.


Setiap orang pastinya mahu menjadi hero, apabila tengok filem seperti ini, budak-budak nak jadi hero. Siapa-siapa pun tengok mesti mahu jadi seperti hero itu juga.

Apa pandangan datuk dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), adakah undang yang bakal menggantikannya perlu lebih ketat?


DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Saya rasa, undang-undang yang ada sudah memadai, tapi PCO rasanya perlu diteruskan. Sebagai contoh jika seorang penjenayah itu ditangkap di Kuala Lumpur, dia akan dihantar ke tempat-tempat lain, contohnya Kuala Terengganu untuk dua atau tiga tahun, selepas itu penjara di Simpang Renggam, Johor. Ini saya nampak sudah tidak diguna pakai.


Namun, kita alu-alukan Ops Cantas. Kita ucap syabas kepada kerajaan apabila kerajaan umum, kerana rakyat kini rasa selesa.

Rakyat juga perlu sama-sama menentang, tapi jika rakyat buat tidak tahu pun susah juga, ini bermakna rakyat juga perlu sokong kerajaan dan polis.

Apa pandangan Datuk apabila jenayah tembak seolah-olah mendadak masa kini?


DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Sebagai rakyat biasa kita akan terfikir apa polis buat, di mana kekuatan polis, di mana penguatkuasaan. Tetapi hakikatnya polis telah berbuat sesuatu, kita boleh lihat melalui surat khabar bahawa banyak kes yang berjaya diselesaikan dengan contohnya kes penjenayah ditembak di Pulau Pinang baru-baru ini.


Kalau ikut pandangan saya secara ikhlas, perlu ada cara yang mungkin ekstrem. Contohnya di Indonesia, ada seorang Jeneral Benny Moerdani, yang menjadi Menteri Pertahanan ketika pada zaman pemerintahan (Presiden Indonesia) Soeharto.

Dia telah mewujudkan pembunuh misteri. Hasilnya, di Bandung sahaja, pembunuh misteri ini berjaya bunuh 6,000 gengster setiap malam, jika ada rekod terus buang ke dalam sungai.

Tanjung Periuk yang menjadi lubuk gengster Cina, habis, licin. Sampai ada penjenayah yang dalam penjara minta tolong tidak mahu keluar. Statistik jenayah menurun menerusi cara ekstrem ini.

Sama ada kita di Malaysia boleh lakukan itu atau tidak, itu saya tidak pasti. Pembunuh misteri ini diwujudkan kerana untuk hapuskan jenayah yang pada waktu itu cukup tinggi di Indonesia.

Jenayah besar tidak terkawal di Tanjung Periuk, bukan kerajaan yang kawal Tanjung Periuk, tapi gengster. Seperti juga lepas kejadian 13 Mei 1969, orang ditangkap disimpan di Pulau Jerejak. Ada yang kena buang daerah.

Kalau kita cakap jenayah ini banyak dibuat anak-anak India kerana mereka tidak mendapat pendidikan dan tiada kerja. Anak Melayu juga melakukan perkara sama seperti kes ragut dan rempit.

Kita harus selesaikan isu ini dengan memberi peluang pendidikan dan sediakan peluang pekerjaan, melalui cara ini saya percaya kita dapat selesaikan masalah gengster ini. Jika mereka dapat pekerjaan, masalah kemiskinan akan berkurangan dan mereka tidak akan cari jalan mudah seperti melakukan jenayah, seperti dahulu.

Nasihat Datuk kepada kerajaan untuk tangani jenayah?


DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Penguatkuasaan undang-undang mesti diperketat. Kerajaan juga perlu memikirkan cara bagaimana untuk memastikan tiada remaja dan anak muda yang tercicir dari segi pendidikan.


Ini kerana menerusi pendidikan dan pelajaran, golongan ini akan lebih mendapat masa depan yang cerah. Jadi kita mesti selesaikan dua perkara ini terlebih dahulu.

Jangan dibiarkan. Kalau mereka tidak ada duit,  ini kerana dia pastinya mahukan pendapatan, kadang-kadang mereka ambil jalan mudah.

Selain itu, kerajaan perlu wujudkan masyarakat tersusun. Individu yang tidak tersusun akan membentuk satu masyarakat yang tidak tersusun. Apabila kita dapat bentuk masyarakat tersusun, mudah untuk kita beri peluang sekolah, pekerjaan.

http://www.sinarharian.com.my/wawancara/gengsterisme-sudah-menjadi-industri-1.200009

Mandi Wiladah Mandi Wajib



Saya nak kongsi cerita dan pengalaman. 

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri.. ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang. 

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and setakat nie semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci... 

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin. 

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata. 

Perkara Wajib mandi hadas besar; 

Bagi lelaki 2 perkara: 

1. keluar air mani 
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak 
keluar mani pun kena mandi juga. 

Bagi perempuan: 
1, Haid 
2. Wiladah (melahirkan anak) 
3. Nifas 
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. 

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi: 
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar, 
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas. 

kita memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja. 

Niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. 

Cuma niatkan: "Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala". 

Tula saya teringat orang tua-tua kita kat kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran. katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari. Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja. 
Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH. 

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah bini-bini anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain.. InsyaAllah 

Kisah Air Masin Dan Sungai Dalam Laut




"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan. 

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

SUBHANALLAH!!!

Pemimpin jatuh angkara nasihat kaki ampu


Sudah menjadi tabiat manusia, kita lebih suka mendengar pujian dan kata-kata yang baik mengenai diri sendiri. Tidak mudah untuk telinga kita menerima kritikan, apatah lagi celaan, makian atau cercaan.

Begitu jugalah dengan pemimpin. Seorang yang diberi kuasa oleh Allah SWT sering dikelilingi manusia oportunis. Mereka selalu datang dengan pelbagai cerita enak untuk didengar pemimpin berserta kata pujian melangit sama ada untuk mendapatkan ganjaran atau takut dengan tindakan pemerintah. 


Namun, orang yang sama juga yang pertama akan meminggirkan diri, bahkan mula mengeji dan menghina apabila pemimpin yang diampu hilang pengaruh, apatah lagi jika sudah tidak bertakhta. 

Allah SWT bersabda: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu menjadi penasihat (orang yang dipercayai). Mereka tidak akan henti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memavhaminya,” (Ali-Imran:118)

Justeru, pemimpin harus sentiasa berwaspada dengan manusia pengampu di sekelilingnya kerana golongan inilah yang selalunya akan menarik diri apabila pemimpin sudah tiada kuasa. Dalam Islam, penasihat pimpinan, adalah golongan yang perlu sentiasa diperhatikan, bimbang tersalah pilih sehingga membawa rebah.

Allah SWT memberikan penegasan ini yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu menjadi penasihat (orang yang dipercayai). Mereka tidak akan henti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya,” (Ali-Imran:118)

Dua sifat penasihat

Nabi Muhammad SAW turut menjelaskan ciri penasihat yang sering melingkari pemerintah seperti Baginda SAW: “Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan dan menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan dan menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan Allah. (Riwayat al-Bukhari 6/2438 dan al-Nasai 7/158). 
Ternyata amaran dan peringatan Allah dan Rasul-Nya cukup tepat menggambarkan fenomena jatuh bangun seorang pemimpin sejak berzaman.

Kalau disingkap kembali sejarah kebangkitan dan kejatuhan setiap zaman khalifah Islam, kita akan dapati bagaimana kekuatan dan kelemahan kepemimpinan Islam amat tergantung kepada siapa penasihat yang dipilih dan dilantik.

Apabila yang dilantik adalah mereka yang hanya tahu mengampu, membodek dan mengangkat ego pemimpin sehingga didiamkan kebenaran serta dizahirkan kepalsuan, pada waktu itu kita dapat menyaksikan bagaimana permulaan kejatuhan pemerintah. 

Saidina Ali Abi Talib pernah menggambarkan fenomena ini menerusi kata-kata hikmahnya: “Sesungguhnya binasa manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ia terpaksa dibeli. Mereka pula membentangkan kezaliman sehingga ia terpaksa ditebus.” (Ibnu Muflih, Al-Adab Asy-Syari'yyah, 1/201)

Islam tetapkan ciri penasihat

Sebab itu pemimpin Islam mesti sentiasa memastikan penasihat di sekeliling mereka adalah kalangan orang yang jujur dan benar-benar memberikan berita berasaskan denyut nadi umat.

Penasihat yang jujur akan sentiasa mengkhabarkan hakikat yang benar walaupun pahit agar sampai ke telinga pemimpin. Penasihat yang jujur dan beriman seperti digambarkan dalam ayat 118 Surah Ali-Imran juga sentiasa memastikan pemimpin tunduk dan patuh kepada syariat Allah SWT kerana ia amat faham implikasi pertanggungjawaban di hadapan Allah SWT kelak.

Sedangkan penasihat yang berwatak pengampu hanya menjadi penglipur lara kepada pemimpin kerana apa yang disampaikannya hanyalah cerita indah penuh dongeng agar pemimpin mampu tidur nyenyak dibuai mimpi indah tanpa rasa takut atau gundah untuk bertemu Allah SWT.

Manusia pengampu seperti ini tidak memikirkan masa depan pemimpin, jauh sekali nasib rakyat yang dipimpin. Sebaliknya siang malam memikirkan bagaimana untuk terus mengisi tembolok dan kantung kekayaan yang tidak pernah puas.

Justeru, pemimpin perlu memastikan penasihat mereka ialah orang yang beriman dan bukan yang menyesatkan. Mudah-mudahan kita semua diberikan hidayah untuk memimpin umat ke arah kebaikan.

Tuesday, July 30, 2013

SURAT PERTAMA UNTUK ANAKKU…. ARIFAH

KAKAK…

Masa mama tulis surat ni, kakak dah berumur 4 tahun dan dah bersekolah… tapi masih belum tau membaca. Kakak adalah anak mama dan ayah yang sulung dan mama sangat sayangkan kakak.

Masa mama mengandungkan kakak, doctor scan dan kata baby dalam perut mama baby girl dan mama memang teruja sangat because I love baby girl…. And I want to have baby girl… dan mama dikurniakan kakak anak mama yang sangat cantik…. Tapi kuat nangis masa dalam pantang!!!!(hua…huaaaa………….. sepanjang malam untuk 44 hari!!!! – just imaging mama dan mak njang tak tdo berjaga malam usung kakak satu rumah! Dan suara kakak yang teramat kuat mengejutkan satu blok rumah di taman mawar!)

Masa mula mama mengandungkan kakak mama kerja di Kuala Lumpur dan ayah di Kulim… Setiap hari Jumaat mama akan panjat bas untuk balik jumpa ayah. Mama minta tukar balik alor setar sbb nak bersalin di situ dekat rumah wan dan tok. Dan memang dah rezeki anak mama sorang ni, mama dapat tukar kedah tahun 2005. Tapi ayah pula terpaksa berulang seminggu sekali kulim-alor star untuk jumpa kita, naik motor tu..... Akhirnya ayah juga dapat tukar balik tinggal bersama2 kita….

Mama melahirkan kakak secara pembedahan, sbb kakak dah berak dalam perut mama. Kakak lahir hari jumaat jam 9 pagi (lebih2 kot) dan badan kakak penuh ruam. Jadi dr suggest mama bagi susu badan kat kakak… yang lepas tu kakak tak mau langsung susu botol!!!!

Kakak yang mama dan ayah sayang,

Masa dalam pantang, kakak kena sawan tangis… kakak akan menangis sepanjang malam. Mama dan mak njang akan rotate giliran jaga kakak. Mak njang sampai terpotong jari masa nk masak sbb mengantuk tido tak cukup jaga kakak. Mama sampai kurus la jaga kakak. Puas bomoh kami p tapi kakak tetap nangis sampai naik urat hijau di dahi. Arwah tok jah kata mungkin kakak nangis sampai habis pantang, dan alhamdulillah, 44 hari menangis… hari ke 45 kakak tido dari pukul 7 malam sampai 7 pagi. Tapi ingatkan masalah dah berakhir, masalah lain pula timbul…. Kakak tak mau minum susu dalam botol! Mama minta tok ngah Ju jaga kakak. Nasib baik dia sanggup dengar kakak nangis lapar… mama terpaksa lari2 masa pejabat sbb nak susukan kakak sampai kena marah ngan bos mama. Mama pernah berulang alik alor setar - langkawi 3 hari berturut2 sbb takut kakak meragam dan lapar… mama keluar rumah pkul 5.30 pagi. Drive sorang2 ke kuala perils naik bot pukul 6.30 pg dan sampai langkawi 7.30 sebb meeting pkul 8. pastu petang naik bot balik pkul 6.30 ptg balik nak tengok kakak. just imaging !! how much I love u. ayah pulak tak ada seminggu sekali baru balik. Ayah akan beli macam2 barang kat kakak sbb ayah pun sayang sangat kat kakak!!

Masa kakak berumur 6 bulan mak kesayangan mama tok jah telah kembali ke rahmatullah pada 12/11/2005 sbb sakit luekimia. Mama terlalu sedih sbb kehilangan insan yang telah melahirkan mama. Tok jah selalu minta nak jumpa kakak masa dia di hospital tapi mama tak boleh bawak dia jumpa kakak lama2 sbb tok jah terlalu lemah dan senang kena penyakit, lagipun kakak baby lagi antibody pun lemah. Kakak pula selalu demam. Mama sedih sbb tok jah pernah janji dgn mama dia nak jaga kakak bila dia pencen tapi tak sempat pencen, dia dah meninggal. Tok jah baik sangat, dia tak pernah marah anak2 lebih2. mama pun tak sesabar dia layan kakak. Al-fatihah untuk tok jah

Masa kakak kecil, kakak selalu meragam sampai mama dan ayah kadang2 hilang sabar dengan kakak. Mama minta maaf sebab mama selalu pukul kakak. Kakak selalu muntah atas katil… kakak selalu nangis dan bila nangis muntah2. Mama penat kerja dan kakak selalu tak dengar cakap mama terutama masa kakak dapat adik. Mama sayangkan kakak dan adik. Dua2 anak mama.

kakak sayang, tahun depan 2010 kakak akan masuk pra tadika. mama selalu doa kepada Allah yang kakak dan adik akan menjadi manusia yang berguna, anak yang bertanggungjawab kepada keluarga, beriman, terang hati, lembut hati dan segala yang baik2 untuk anak2 mama. Mama nak kakak tahu yang mama dan ayah terlalu sayangkan kakak, sebab kakak dan adik adalah nyawa mama dan ayah.WE LOVE U SO MUCH

Tuntut Bonus dituduh tidak bermoral ?

 
 
from al-banjari online 2009 by albanjari
Oleh : MN Bashah
Kenyataan balas najib terhadap tuntutan bonus tahunan oleh CUEPACS dianggap melampau oleh rakyat Malaysia. Tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan dinayatakan salah dari segi moral oleh Perdana Menteri sendiri. Beliau tergamak menyatakan sebegitu dikatakan berikutan tuntutan itu dibuat ketika keadaan ekonomi negara kini masih belum pulih sepenuhnya.

Najib yang sebelum ini cuba menyembunyikan fakta bahawa perkembangan ekonomi Negara belum sedia pulih lagi. Dalam keadaan retorik ekonomi kerajaan BN melalui Bajet 2010, Malaysia masih tegar untuk berbelanja boros untuk beberapa projek yang banyak menghabiskan duit Negara dalam masa yang sama hanya mengenyangkan perut segelintir individu.

Menurut Profesor Rajah Rasiah (UM), Malaysia gagal menangani defisit belanjawan tahunan selama 13 tahun! Defesit belanjawan ini adalah sebanyak 7.65 dari KDNK (keluaran dalam negeri kasar) 2009. Pendapatan negara hanya RM 162.1 bilion berbanding RM 176.2 bilion yang diramalkan untuk 2009. Profesor Rajah menafikan malaysia bakal mencapai target wawasan 2020 jika defesit belanjawan masih terabai.

Bonus kepada kakitangan kerajaan adalah antara piawaian umum untuk rakyat menilai kemampuan negara ini menjadi negara maju berekonomi berasaskan pengetahuan. Jika tuntutan sekecil itu dinafikan malah dikatakan tidak bermoral, igauan Dr Mahathir berkenaan wawasan 2020 hanya tinggal kenangan.

Ternyata Malaysia rugi selama mana ditadbir oleh Barisan Nasional. Kita maju dan moden di zaman pemerintahan Dr Mahathir tetapi rakyat tidak sedar betapa kita memanipulasikan hasil dalaman, mineral dan hutan untuk membeli kemodenan tanpa menjadikan agenda ekonomi baru tanpa berasaskan sumber seperti Singapura. CIA menyatakan Singapura memiliki ekonomi inovatif yang bergantung kepada eksport, penghasilan industri (terutama elektronik), IT, perubatan dan sektor servis seperti pengangkutan dan sebagainya. Peratusan sektor yang menyumbang kepada KDNK Singapura ialah Pertanian: 0%, Industri: 33.2%, Perkhidmatan: 66.8% (2008 est.) Manakala CIA menunjukkan Malaysia masih banyak bergantung dengan sumber alam untuk KDNK, Pertanian: 9.7%, Industri: 44.6%, Perkhidmatan.: 45.7% (2008 est.)

Kita ditampilkan dengan kekayaan melalui simbol-simbol bangunan, kemajuan melalui Koridor raya dan Pusat sains, sedangkan yang kita pamerkan hanya teknologi luar. Ini terbukti apabila dalam KDNK negara, hanya 0..64% digunakan untuk kajian dan pembangunan (R&D). Adakah ini melambangkan sebuah negara yang ingin maju?

Di celahan kerugian demi kerugian , kerajaan mengisytihar pula usaha untuk menjayakan F1 1 Malaysia yang cukup mahal setanding dengan projek PKFZ. Proton adalah antara syarikat yang dilibatkan walaupun sedang sakit tenat mengalami kerugian. Sedangkan Litar F1 Sepang memerlukan belanja sebanyak RM 308 juta setiap tahun inikan pula projek F1 1 Malaysia pula akan dijalankan. Mesti Cuepacs geleng kepala jika sedar fakta-fakta ini.

Tuduhan mengatakan cuepacs ingin mengambil populariti dengan perjuangan menuntut Bonus tahunan adalah satu tuduhan yang cukup tidak patut.

Jelas juga antara kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan target BN untuk merampas kerajaan Perak adalah jauh bezanya. Jika benar ramalan YB Ahli parlimen Indera Mahkota bahawa kerajaan sedang berusaha memasukkan RM 1.1 trillion ke dalam negara untuk dana pilihanraya kecil Perak, bermakna benar kakitangan kerajaan hanya diperkulikan selama ini digertak dan diugut dengan pelbagai akujanji.

Najib bercakap soal moral bila berhadapan dengan wakil kakitangannya sendiri. Gejala rasuah, penyelewengan kehakiman (kes pita VK Linggam contohnya), kezaliman polis dan SPRM tidak pula dianggap tidak bermoral. Beberapa menteri BN yang membuat kenyataan awal mungkin Teoh Beng Hock membunuh diri (sebelum disiasat) tidak pula dianggap biadab tak bermoral.

Inilah piawaian moral barisan Nasional. Terlalu banyak gambar puteri dan pemuda UMNO menunjuk punggung dalam PR Bagan Pinang, tetapi penyokong PAS pual dituduh mengganas. Tiada kesan gigitan pada badan polis, tetapi Tian Chua tetap dihukum atas tuduhan bertindak ganas terhadap polis. Inilah nilai MORAL yang najib promosikan.

Sebagai pemimpin, perlulah menangani kehendak rakyat secara berwibawa bukannya memberi tomahan sebelum dibuat perbincangan..

Kakitangan kerajaan perlu sedar betapa bajet 2010 adalah kosmetik menutup defesit warisan BN selama ini. Kerajaan memang tidak berduit untuk melayani kehendak rakyat. Jika ada agihan untuk rakyat ia dijenamakan atas label 1 Malaysia, untuk tujuan pilihanraya. Sokongan dan kesetiaan kakitangan kerajaan dibalas dengan label ‘tidak bermoral’ sepertimana layanan BN kepada tentera (pengundi POS) dalam PR bagan Pinang, kesudahannya bajet untuk pertahanan dalam Bajet 2010 tiada langsung!

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Nuruddin Bashah
(penulis tamu@ABO)
AJK Lajnah Politik Dewan Pemuda PAS Pusat

Sebelum makan check dulu….

 

                   Please jangan main taram je beli jajan... contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atau handphone... refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum-kaum yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam.

                   Yg jelas nya.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau tak pecaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... Tak hairan lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..

                  Macamana kita nak lahirkan lebih ramai islam yg betul-betul 'muslim'... dari kecil dah disuapkan dgn makanan-makanan mengarut ni... yg paling peliknya boleh pulak ada tanda HALAL bagi makanan-makanan tersebut?

                Bijakkan orang-orang kafir memperdayakan kita hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka tak akan kekal lama.. Dan ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt , org2 mukmin akan bangkit jua... wallahu a'lam.

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT
1
E
100
16
E
280
31
E
434
46
E
482
2
E
110
17
E
300
32
E
435
47
E
483
3
E
120
18
E
301
33
E
436
48
E
491
4
E
140
19
E
325
34
E
440
49
E
492
5
E
141
20
E
326
35
E
441
50
E
493
6
E
153
21
E
327
36
E
470
51
E
494
7
E
160
22
E
334
37
E
471
52
E
495
8
E
161
23
E
335
38
E
472
53
E
542
9
E
210
24
E
336
39
E
473
54
E
570
10
E
213
25
E
337
40
E
474
55
E
572
11
E
214
26
E
422
41
E
475
56
E
631
12
E
216
27
E
430
42
E
476
57
E
635
13
E
234
28
E
431
43
E
477
58
E
904
14
E
252
29
E
432
44
E
478
59
E
920
15
E
270
30
E
433
45
E
481