Wednesday, May 21, 2008

Resipi tambah berahi

Gelodak nafsu seks ada pasang surutnya. Ada ketika nafsu berahi menyala-nyala tapi sampai satu ketika ia hilang tanpa diketahui sebabnya. Namun sudah lumrah tak ramai yang mahu tampil mendapatkan rawatan pakar apabila berhadapan dengan masalah ini. Pada mereka, keadaan akan kembali normal seiring dengan masa.
Tapi bagaimana pula jika hasrat seksual terus hambar dalam tempoh yang lama? Hendak bertemu pakar terasa malu tapi pasangan sudah mula merungut dengan sikap dingin seks anda. Bagi anda yang menghadapi masalah yang sama dan masih gusar ataupun diselubungi perasaan malu untuk mendapatkan rawatan, apa kata cuba dahulu dengan cara semula jadi.

Berikut adalah resipinya;

1. Percaya diri
Tidak ada yang dapat menurunkan hasrat seksual seseorang selain rasa rendah diri. Oleh itu cubalah untuk mendapatkan kembali keyakinan diri. Manjakan diri ketika anda berasa tidak yakin ataupun sisihkan waktu untuk bersantai atau melakukan aktiviti yang dapat membuatkan anda berasa lebih baik.

2. Urutan
Teknik urutan dapat dilakukan untuk meningkatkan rangsangan seksual terutama jika anda sedang tertekan, runsing atau marah. Sediakan bilik dengan suasana yang romantik, muzik yang lembut dan mulakan mengurut pasangan. Setelah siap mintalah pasangan mengurut anda pula.

3. Makan dengan betul
Jika tubuh lemah akibat tahap kesihatan yang buruk, tidak mustahil hubungan seksual juga akan terkena tempiasnya. Bukan saja masalah nafsu makin menurun tapi anda juga mungkin menghadapi masalah yang berkaitan dengan organ seksual anda. Bagi mengelakkan masalah ini dari berlaku amalkan pemakanan yang sihat. Makanlah lima sehingga sembilan jenis buah-buahan dan sayuran sehari untuk menjaga kesihatan. Vitamin dan antioksida yang terkandung pada makanan akan membantu menjaga aliran darah pada organ seksual dan mencegah penyakit kronik tertentu.

4. Kurangi berat badan
Memiliki berat badan yang berlebihan mampu mempengaruhi kualiti kehidupan intim. Obesiti dapat menimbulkan penyakit pembuluh darah yang mengurangi aliran darah ke organ genital. Akibatnya ereksi sukar terjadi.

5. Senaman
Senaman teratur akan membantu meningkatkan aliran darah ke organ seksual, Selain itu, ia juga dapat membantu anda merasa lebih yakin pada diri sendiri. Sesuatu yang dapat meningkatkan keyakinan diri akan meningkatkan nafsu seks.

6. Berhenti merokok
Jika anda memang seorang perokok, fikirkanlah akan kemungkinan anda menghadapi masalah seks. Memang telah lama dikenal pasti bahawa rokok memiliki pengaruh yang buruk terhadap aliran darah ke organ seksual. Ia mampu menyebabkan penyempitan pembuluh darah di bahagian sulit. Di samping itu merokok juga melemahkan stamina baik untuk melakukan kegiatan harian mahupun aktiviti seks.

7. Ginko biloba
Herba yang memiliki khasiat penyembuhan ini berasal dari daun-daun tumbuhan ginko biloba. Ia dikatakan dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan organ seksual. Ginko biloba juga diyakini memiliki kesan meningkatkan hasrat, kesenangan seksual dan orgasma.

8. Yohimbine
Ia mungkin agak asing bagi masyarakat kita namun Yohimbine telah lama digunakan di Afrika sebagai ubat perangsang nafsu berahi dan sering disebut Viagra semula jadi. Yohimbine diyakini dapat memperbaiki impotens pada lelaki walaupun percubaan secara klinikal belum lagi terbukti.

2 comments:

Anonymous said...

hang pun ada problem ka?
hahhaha

JOMLASLIMTEAM said...

pokok pangkalnya hati,kalo hatinya kuat buat pa pn kuat.Dari hati baru ke mental...betul ka?