Sunday, June 15, 2008

Perjuangan Melayu : Bahagian 1 : Sudah Lama Ia Bermula.... Dan Sudah Lama Ia Ditentang.

Oleh Peti Ais buruk :: petikan dari www.petiaisburuk.blogspot.com

PeTi AiS bUrUk teringat satu bait ucapan Tun Dr Mahathir dalam satu konvesyen beberapa tahun dulu yang berbunyi "Orang melayu mempunyai ciri-ciri yang sangat hampir kepada komuniti ketam, penangkap ketam di pantai hanya menggunakan beberapa keping papan setinggi 3 inci untuk mengepung ketam yang telah ditangkap. Dan ketam-ketam tersebut tidak akan dapat meloloskan diri. Ini adalah kerana sikap ketam itu sendiri. Apabila terdapat seekor ketam yang sudah hampir berjaya meloloskan diri, ketam yang lain akan menarik semula ketam tersebut ke bawah." PeTi AiS bUrUk fikir situasi yang berlaku dalam senario politik tanah air kini, mungkin sinonim dengan analogi yang dikatakan oleh Tun.

Mungkin juga dasar penjajah satu ketika dulu telah membentuk keterbezaan fungsi berasaskan kaum di dalam sesebuah negara. Malaysia memang sebuah negara yang terlalu unik. Dan bangsa melayu adalah bangsa yang sangat unik juga. Kajian tentang bangsa melayu telah dimulakan seawal 1930 an lagi atau lebih awal(dimulakan oleh portugis di melaka). Peliknya kajian ini dijalankan oleh bangsa inggeris dan eropah. Kalau diteliti dengan mendalam, pra-pembentukan Malaysia hanya dimulakan sekitar 10-15 tahun selepas itu. Ini bermakna 'persetujuan' inggeris untuk memberikan kemerdekaan tanah melayu pada tahun 1957 bukanlah satu persetujuan kosong, sebaliknya satu persetujuan yang penuh makna dan agenda yang tersirat. Benarlah kata para bijak pandai , "Untuk Menewaskan Musuh Kamu, Hendaklah Kamu Mengenali Musuh Kamu". Setelah hasil kajian yang dilakukan oleh inggeris terhadap orang melayu diperolehi. Mereka mendapati beberapa perkara menarik tentang orang melayu. Salah satunya,

  • Rumpun Orang Melayu terdiri daripada beberapa sub kaum yang mempunyai identiti mereka sendiri dan mungkin sekali memiliki sifat dan sikap yang berbeza. Contohnya, orang jawa, banjar, bugis, kampar dan lain-lain. Orang jawa mempunyai sifat dan ciri-ciri keraton ( atau kebangsawanan) ini memang jelas dilihat dalam budaya, petua dan cara makan orang-orang jawa. Orang bugis pula mempunyai sifat-sifat Pahlawan.


Ini bermakna sistem budaya rumpun orang melayu, begitu kompleks, lengkap dan sudah menepati konsep "Concerted Efforts". Oleh kerana itu, inggeris merasakan bahawa bangsa melayu mungkin sekali satu hari nanti menjadi satu bangsa terkuat. Ini akan mengancam legasi dan dominasi inggeris. Maka inggeris merasakan mereka patut mengaplikasi "teori pembentukan aloi" terhadap rumpun melayu. Dengan mempergiatkan kemasukan bangsa asing ke tanah melayu atas alasan untuk membantu kerja-kerja perlombongan dan sebagainya. Adakah benar-benar terdapat keperluan kepada inggeris untuk melakukan perkara tersebut. Tidak cukupkah bilangan orang melayu pada ketika itu? Tidak kuatkah tangan dan lengan orang melayu? Jawapannya tidak lain tidak bukan adalah untuk mengimbangi penguasaan tanah melayu oleh orang melayu.

Kemudian disusuli pula dengan dasar pecah dan perintah inggeris di tanah melayu. Orang Melayu diberikan skop fungsi sebagai pentadbir, kerani di pejabat, Orang cina diberikan skop tugas dalam ekonomi dan perniagaan manakala orang india diberikan skop tugas berkaitan perladangan dan kerja kerja lapangan. Bijak sungguh inggeris. Mereka bukan sahaja mengkaji Melayu bahkan Cina dan India juga.

Orang-orang melayu diajar inggeris supaya yakin yang mereka selama-lamanya akan menjadi tuan tanah melayu, hingga orang melayu lalai dalam aspek kehidupan yang lain. Hingga hari ini orang melayu menganggap bahawa mereka adalah "POLITICAL MASTER" di Malaysia. Namun dari aspek ekonomi, pendidikan, teknologi dan pelestarian budaya, orang melayu begitu jauh ketinggalan. Kenyataan PeTi AiS bUrUk ini bukanlah untuk menidakkan usaha kerajaan selama ini, tetapi sebagai tatapan bersama dan kita mengambil pengajaran daripadanya.

Sebagai contohnya, bahasa melayu. Walau pun seorang professor diuniversiti yang mempunyai PhD, besar kemungkinan beliau hanya mempunyai kelulusan bahasa melayu pada peringkat MCE atau STPM. Bayangkan, bahasa inggeris dijadikan subjek teras diuniversiti, sedangkan bahasa melayu, hanya tercampak sepi di papan kenyataan di tepi kaki lima di kampus-kampus. Orang-orang melayu patut mula belajar tentang bahasa, budaya dan jatidiri sendiri.

Anak-anak melayu begitu pantas dan laju apabila beraksi di jalan raya, dengan motosikal yang "power" kata mereka, dengan kereta "modify" eksos sebesar meriam buluh (kucing boleh beranak kat dalam eksos). Tetapi dalam aspek pendidikan, kerjaya keadaan yang sangat berbeza dipamerkan. PeTi AiS bUrUk sendiri menjalankan kaji selidik tidak rasmi di kawasan rumah PeTi AiS bUrUk sendiri (dekat jer pejabat berkubah hijau, tekalah kat mana?), PeTi AiS bUrUk mendapati terdapat ramai anak-anak kakitangan awam yang bersekolah hanya setakat tingkatan 3. Ada yang ambil SPM tetapi satu subjek sahaja. Ada yang jadi penyamun. Sedih dan menitis air mata PeTi AiS bUrUk menulis bait ini. Apa nak jadi????

Sebelum PeTi AiS bUrUk menulis karya ini, PeTi AiS bUrUk telah pergi ke KLCC untuk berjumpa teman perniagaan PeTi AiS bUrUk. Bermacam-macam fesyen anak melayu disana. Dalam hati PeTi AiS bUrUk berkata "Ermm susah nak cari orang melayu ni...nak bagi salam takut sebab tak pasti yang remaja tu melayu islam atau bukan". Sedangkan orang cina masih kekal dengan budaya mereka, orang india masih kuat dengan budaya mereka. Syabas dan tahniah kepada orang cina dan india atas pelestarian budaya mereka. Sekurang-kurangnya mereka mewarnai nostalgia citrawarna malaysia.

Mungkin sudah tiba masa untuk orang melayu mengubah identiti "POLITICAL MASTER" kepada "ECONOMIC MASTER". Ketuanan melayu tidak akan terhakis bahkan akan lebih kuat lagi. PeTi AiS bUrUk teringkat kepada sebuah lagu yang selalu PeTi AiS bUrUk nyanyi dulu.

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.



No comments: