Wednesday, February 4, 2009
Kompaun Saman PDRM
1. Melebihi had laju (tak kira berapa byk km/j lebih)- RM300
2. Potong Barisan - RM300
3. Memandu Di Lorong Kecemasan - RM300
4. Memotong Di Dua Garisan Berkembar - RM300
5. Gagal Patuhi Lampu Isyarat (Termasuk di zebra lane) - RM300
6. Memotong di sebelah kiri - RM200
7. Membuat Pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan - RM200
8. Menggunakan Telefon Bimbit tanpa alat bebas tangan ketika memandu - RM200
9. Cermin Gelap - RM200
10.Gagal Pamer No Pendaftaran / Tidak Ikut Spesifikasi - RM80
11.Pamer No Pendaftaran Mengelirukan - RM80
12.Tidak Pamer/Tidak Bawa LKM ( roktek ) - RM120
13.Lesen Memandu CDL/PDL tamat tempoh - RM120
14.Tiada Lesen Memandu - RM120
15.Tidak Patuh Syarat PDL (cth tak lekat L pada motosikal) - RM80
16.Tidak Berhenti bila ditahan anggota beruniform - RM200
17.Bawa lebih dari sorang pembonceng (utk motosikal) - RM100
18.Gagal kemuka lesen memandu ketika diperiksa - RM80
19.Berhenti di petak kuning - RM80
20.Tidak jaga tayar dengan baik/tayar botak - RM80
21.Lampu Isyarat/Lampu Brek tidak berfungsi - RM80
22.Pengilap Cermin Tidak Berfungsi - RM80
23.Meter Kelajuan Tidak Berfungsi - RM80
24.Tidak Pasang Cermin Sisi (Motosikal) - RM60
25.Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar - RM80
26.Ekzos Bunyi Bising/Tidak Jaga Silenser@Ekzos - RM80
Harga ni dah byk kurang dari tahun lepas.. dan semua kompau JPJ TIDAK BOLEH DI KURANGKAN untuk kes kes melibatkan pemalsuan Lesen Memandu,LKM(ROADTAX), LKM tamat tempoh, Tiada Perlindungan Insuran saman tidak boleh di kompaun..
so kena gi mahkamah dan bayar denda di mahkamah sekian sebagai rujukan kawan² dan pengguna jalan raya yang lain
Sunday, February 1, 2009
Can U read this?
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid, too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe tuo fo 100 anc.
i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd
waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor
of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch
at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht
oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt
tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae.
The rset can be a taotl mses and you can sitll raed
it whotuit a pboerlm.. Tihs is bcuseae the huamn
mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod
as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot
slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.
If you can read this, your brain is 50% faster
than those who can't
Saturday, September 6, 2008
bye bye sayonara..............Ptptn!
Wednesday, June 18, 2008
Beban kad kredit
CARA hidup moden mementingkan keberkesanan dan nilai kepuasan setiap barang dan perkhidmatan digunakan. Kad kredit di antara perkhidmatan memberi kemudahan dan kepuasan kepada pemiliknya. Justeru, banyak orang yang berminat memiliki kad kredit untuk kemudahan dalam urusan berkaitan kewangan.
Menurut sumber Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3.17 kad kredit.
Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006).
Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diistihyarkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.
Dengan kata lain, di sebalik kemegahan memiliki kad kredit, pemiliknya perlu bijak menggunakannya untuk mengelak diri terjebak masalah hutang tidak mampu dijelaskan. Fenomena penggunaan kad kredit yang melanda sekarang mencetuskan budaya hutang tanpa kawalan.
Justeru, setiap orang yang ingin memiliki kad kredit perlu memikirkan kesan penggunaannya. Fikirkan apakah benar-benar memerlukan kad kredit? Jika memiliki kad kredit, mampukah mengawal tabiat berbelanja?
Kad kredit dalam bahasa mudah dipanggil kad hutang. Pemiliknya boleh membuat pembelian dan pembayaran tanpa menggunakan wang atau berhutang. Ia memberi peluang pemilik kad kredit berbelanja lebih walaupun tunai dimiliki sedikit pada ketika itu.
Golongan kaya menggunakan kad kredit bukan bertujuan mengambil hutang. Kad kredit digunakan untuk kemudahan pembayaran sesuai dengan konsep awal kewujudannya diasaskan oleh Frank MacNamara pada 1950. Pada ketika itu hanya golongan jutawan dan ternama mampu miliki.
Sebaliknya pemilik kad kredit dari golongan berpendapatan menengah menggunakan kad kredit sebagai sumber hutang mudah atau dipanggil ceti moden. Pengguna hanya perlu membuat permohonan atau hakikat sebenarnya adalah ditawarkan, dan boleh berbelanja sesuka hati selagi tidak melepasi had ditetapkan.
Sememangnya Islam tidak menghalang umatnya berhutang. Malah, hutang diharuskan untuk membiayai perkara penting ketika kesempitan wang. Islam mengharuskan hutang kerana dapat membantu golongan miskin menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan wang.
Pemilik kad kredit sebenarnya bukan golongan miskin yang perlu berhutang. Kad kredit dikeluarkan kepada mereka berpendapatan agak tinggi sebagai jaminan pemiliknya dapat membayar balik perbelanjaan dibuat melalui kad kredit.
Oleh itu, ada pemilik kad kredit rasa bangga memiliki kad kredit yang meletakkan dirinya golongan kaya. Sikap ini bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya malu terpaksa berhutang menggunakan kad kredit.
Antara sikap buruk pemegang kad kredit ialah mengambil mudah soal hutang. Banyak pemilik kad kredit berbelanja lebih daripada kemampuan membayar balik. Sikap demikian memperlihatkan keangkuhan dan berlebih-lebihan dengan kemudahan diberikan.
Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, banyak pemilik kad kredit berbelanja sehingga had maksimum dibenarkan tanpa memikirkan keupayaan membayar. Belanja dahulu, soal membayarnya difikirkan kemudian.
Jadi, segala keinginan berbelanja dipenuhi dengan menggunakan kad kredit. Institusi kewangan pengeluar kad kredit pula sentiasa menggalakkan penggunaan kad kredit dengan memberi pelbagai ganjaran atau peraduan menyediakan hadiah lumayan.
Sebenarnya banyak pemilik kad kredit berbelanja kepada perkara yang tidak penting atau sesuatu yang boleh ditangguhkan perbelanjaannya. Keghairahan berhutang dijadikan satu kemegahan. Inilah sikap buruk pemilik kad kredit yang menjerat diri sendiri terjerumus ke dalam kancah kehidupan mencemari nilai moral. Sikap angkuh dan berlebih-lebihan amat bertentangan dengan ajaran agama kerana mendatangkan banyak keburukan kepada diri sendiri. Sesiapa di dalam dirinya lahir sikap angkuh dikatakan termasuk golongan munafik.
Sebenarnya penggunaan kad kredit bukan disediakan secara percuma. Setiap urus niaga dikenakan caj perkhidmatan mengikut syarat. Hanya sebahagian syarikat menerima pembayaran melalui kad kredit tanpa dikenakan caj. Dengan kata lain, berbelanja secara tunai sebenarnya lebih menguntungkan.
Jumlah yang gagal dijelaskan dalam tempoh ditetapkan kepada institusi kewangan pengeluar kad kredit akan dikenakan faedah. Kadar faedah dikenakan agak tinggi mengikut kadar harian. Sebab itu banyak pemilik kad kredit sukar menjelaskan hutang kad kredit yang semakin bertambah dari bulan ke bulan.
Ketika itu, banyak pemegang kad kredit menghadapi tekanan dan semakin sukar untuk menjelaskan hutang. Biarpun tidak lagi mengambil hutang baru jumlahnya semakin bertambah setiap bulan disebabkan faedah dikenakan.
Sekarang ada kaedah ‘gali lubang timbus lubang’ dalam menyelesaikan masalah hutang kad kredit. Syarikat kewangan menawarkan kad kredit baru atau tawaran memindahkan jumlah hutang daripada kad kredit syarikat lain. Proses pemindahan itu ditawarkan berserta kadar faedah lebih rendah dan hadiah tertentu.
Tindakan itu bukan menyelesaikan masalah. Untungnya sementara saja. Sekiranya sikap tidak diperbetulkan, masalah akan terus menekan diri. Pemilik kad kredit berdepan dengan suasana hidup semakin celaru dan krisis moral memerangkap diri.
Sekiranya hutang tidak dapat dijelaskan seperti ditetapkan, pemegang kad kredit akan diseret ke mahkamah. Jika tidak mampu dijelaskan, maka pemegang kad kredit akan diserahkan kepada Jabatan Pemegang Harta yang akan menguruskan soal kebankrapan.
Sesiapa yang dikenakan status muflis dipandang hina dalam masyarakat dan hilang kelayakan dalam hal-hal tertentu.
Namun tindakan tegas itu tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada kebanyakan individu yang masih galak menggunakan kad kredit tanpa memikirkan keupayaan membayar.
Tertekan dengan kegagalan melunaskan hutang kad kredit mendedahkan seseorang melakukan perbuatan menyalahi agama dan undang-undang. Ia termasuk menerima rasuah, menipu, pecah amanah dan melakukan urus niaga haram.
Setiap hutang perlu diniatkan untuk membayarnya. Cara memastikan keupayaan membayar hutang ialah mengambil hutang mengikut keperluan saja dan diniatkan untuk membayarnya.
Sunday, June 15, 2008
Perjuangan Melayu : Bahagian 1 : Sudah Lama Ia Bermula.... Dan Sudah Lama Ia Ditentang.
PeTi AiS bUrUk teringat satu bait ucapan Tun Dr Mahathir dalam satu konvesyen beberapa tahun dulu yang berbunyi "Orang melayu mempunyai ciri-ciri yang sangat hampir kepada komuniti ketam, penangkap ketam di pantai hanya menggunakan beberapa keping papan setinggi 3 inci untuk mengepung ketam yang telah ditangkap. Dan ketam-ketam tersebut tidak akan dapat meloloskan diri. Ini adalah kerana sikap ketam itu sendiri. Apabila terdapat seekor ketam yang sudah hampir berjaya meloloskan diri, ketam yang lain akan menarik semula ketam tersebut ke bawah." PeTi AiS bUrUk fikir situasi yang berlaku dalam senario politik tanah air kini, mungkin sinonim dengan analogi yang dikatakan oleh Tun.
Mungkin juga dasar penjajah satu ketika dulu telah membentuk keterbezaan fungsi berasaskan kaum di dalam sesebuah negara. Malaysia memang sebuah negara yang terlalu unik. Dan bangsa melayu adalah bangsa yang sangat unik juga. Kajian tentang bangsa melayu telah dimulakan seawal 1930 an lagi atau lebih awal(dimulakan oleh portugis di melaka). Peliknya kajian ini dijalankan oleh bangsa inggeris dan eropah. Kalau diteliti dengan mendalam, pra-pembentukan Malaysia hanya dimulakan sekitar 10-15 tahun selepas itu. Ini bermakna 'persetujuan' inggeris untuk memberikan kemerdekaan tanah melayu pada tahun 1957 bukanlah satu persetujuan kosong, sebaliknya satu persetujuan yang penuh makna dan agenda yang tersirat. Benarlah kata para bijak pandai , "Untuk Menewaskan Musuh Kamu, Hendaklah Kamu Mengenali Musuh Kamu". Setelah hasil kajian yang dilakukan oleh inggeris terhadap orang melayu diperolehi. Mereka mendapati beberapa perkara menarik tentang orang melayu. Salah satunya,
- Rumpun Orang Melayu terdiri daripada beberapa sub kaum yang mempunyai identiti mereka sendiri dan mungkin sekali memiliki sifat dan sikap yang berbeza. Contohnya, orang jawa, banjar, bugis, kampar dan lain-lain. Orang jawa mempunyai sifat dan ciri-ciri keraton ( atau kebangsawanan) ini memang jelas dilihat dalam budaya, petua dan cara makan orang-orang jawa. Orang bugis pula mempunyai sifat-sifat Pahlawan.
Ini bermakna sistem budaya rumpun orang melayu, begitu kompleks, lengkap dan sudah menepati konsep "Concerted Efforts". Oleh kerana itu, inggeris merasakan bahawa bangsa melayu mungkin sekali satu hari nanti menjadi satu bangsa terkuat. Ini akan mengancam legasi dan dominasi inggeris. Maka inggeris merasakan mereka patut mengaplikasi "teori pembentukan aloi" terhadap rumpun melayu. Dengan mempergiatkan kemasukan bangsa asing ke tanah melayu atas alasan untuk membantu kerja-kerja perlombongan dan sebagainya. Adakah benar-benar terdapat keperluan kepada inggeris untuk melakukan perkara tersebut. Tidak cukupkah bilangan orang melayu pada ketika itu? Tidak kuatkah tangan dan lengan orang melayu? Jawapannya tidak lain tidak bukan adalah untuk mengimbangi penguasaan tanah melayu oleh orang melayu.
Kemudian disusuli pula dengan dasar pecah dan perintah inggeris di tanah melayu. Orang Melayu diberikan skop fungsi sebagai pentadbir, kerani di pejabat, Orang cina diberikan skop tugas dalam ekonomi dan perniagaan manakala orang india diberikan skop tugas berkaitan perladangan dan kerja kerja lapangan. Bijak sungguh inggeris. Mereka bukan sahaja mengkaji Melayu bahkan Cina dan India juga.
Orang-orang melayu diajar inggeris supaya yakin yang mereka selama-lamanya akan menjadi tuan tanah melayu, hingga orang melayu lalai dalam aspek kehidupan yang lain. Hingga hari ini orang melayu menganggap bahawa mereka adalah "POLITICAL MASTER" di Malaysia. Namun dari aspek ekonomi, pendidikan, teknologi dan pelestarian budaya, orang melayu begitu jauh ketinggalan. Kenyataan PeTi AiS bUrUk ini bukanlah untuk menidakkan usaha kerajaan selama ini, tetapi sebagai tatapan bersama dan kita mengambil pengajaran daripadanya.
Sebagai contohnya, bahasa melayu. Walau pun seorang professor diuniversiti yang mempunyai PhD, besar kemungkinan beliau hanya mempunyai kelulusan bahasa melayu pada peringkat MCE atau STPM. Bayangkan, bahasa inggeris dijadikan subjek teras diuniversiti, sedangkan bahasa melayu, hanya tercampak sepi di papan kenyataan di tepi kaki lima di kampus-kampus. Orang-orang melayu patut mula belajar tentang bahasa, budaya dan jatidiri sendiri.
Anak-anak melayu begitu pantas dan laju apabila beraksi di jalan raya, dengan motosikal yang "power" kata mereka, dengan kereta "modify" eksos sebesar meriam buluh (kucing boleh beranak kat dalam eksos). Tetapi dalam aspek pendidikan, kerjaya keadaan yang sangat berbeza dipamerkan. PeTi AiS bUrUk sendiri menjalankan kaji selidik tidak rasmi di kawasan rumah PeTi AiS bUrUk sendiri (dekat jer pejabat berkubah hijau, tekalah kat mana?), PeTi AiS bUrUk mendapati terdapat ramai anak-anak kakitangan awam yang bersekolah hanya setakat tingkatan 3. Ada yang ambil SPM tetapi satu subjek sahaja. Ada yang jadi penyamun. Sedih dan menitis air mata PeTi AiS bUrUk menulis bait ini. Apa nak jadi????
Sebelum PeTi AiS bUrUk menulis karya ini, PeTi AiS bUrUk telah pergi ke KLCC untuk berjumpa teman perniagaan PeTi AiS bUrUk. Bermacam-macam fesyen anak melayu disana. Dalam hati PeTi AiS bUrUk berkata "Ermm susah nak cari orang melayu ni...nak bagi salam takut sebab tak pasti yang remaja tu melayu islam atau bukan". Sedangkan orang cina masih kekal dengan budaya mereka, orang india masih kuat dengan budaya mereka. Syabas dan tahniah kepada orang cina dan india atas pelestarian budaya mereka. Sekurang-kurangnya mereka mewarnai nostalgia citrawarna malaysia.
Mungkin sudah tiba masa untuk orang melayu mengubah identiti "POLITICAL MASTER" kepada "ECONOMIC MASTER". Ketuanan melayu tidak akan terhakis bahkan akan lebih kuat lagi. PeTi AiS bUrUk teringkat kepada sebuah lagu yang selalu PeTi AiS bUrUk nyanyi dulu.
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.
Monday, June 9, 2008
Subject: Di mana boleh cari ramai Melayu?
| Di mana boleh cari ramai Melayu Pastinya di Kelantan dan Terengganu Dan juga di pasar malam dan pasar minggu Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu Juga di pertandingan Bowling kilangku Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru Terkinja-kinja best giler menari macam hantu Apa hobi orang Melayu Terkenal dengan budaya malas dan lesu Berlepak buang masa tak jemu-jemu Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu Tengok telenovela dari Filipina dan Peru Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu Sambil makan junk food, kuaci dan muruku Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu Mana tak gendut berpenyakit selalu Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu Boleh tak jumpa mereka di kedai buku Atau di perpustakaan dan majlis ilmu Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu Ada tapi kurang sangat mereka di situ Kenapa melayu jadi begitu Nak salahkan siapa ibubapa atau guru Pemimpin negara atau raja dulu-dulu Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu Nak harap Kerajaan saja membantu Terutama sekali kontraktor kelas satu Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu Sampai bila kita nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju BOleh! dengan beberapa syarat tertentu Pertama dengan banyak menguasai ilmu Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu 'DEMI MASA' manusia selalu terlupa 1hari=24jam Satu TAHUN ? 12 Bulan 52 Minggu 365 Hari 8760 Jam 525600 Minit 31536000 Detik Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun) <> 70th 60th - 70th (65th) Chart Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th "Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia" Laki-laki Baligh ± 15 tahun Wanita Baligh ± 12 tahun Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya: Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun 50 tahun digunakan untuk apa? Catatan: 50 tahun= 18250 hari= 458000 jam 12 jam siang hari 12 jam malam hari 24 jam satu hari satu malam Gambaran kasarnya: Mari kita muhasabah bersama..... ....! Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ; Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... .... Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi. Waktu rehat ± 4 jam Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... .. 17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun Lalu Bila Nak Beribadah??? Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU". Maut datang menjemput tak pernah bersahut, Malaikat datang menuntut untuk merenggut, Manusia tak kuasa untuk berkata-kata, Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka, Terimalah habuanmu seadanya.. Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar.... Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya. " Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya " Lalu Bila Nak Beribadah??? Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... ! Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga... Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!? Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun??? 1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun Kesimpulan:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita.... itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima. Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa... Logiknya: Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... ......... Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... Penyelesaian: |
Monday, June 2, 2008
Petua Orang Tua
Jerangau
"tangas" - baik untuk lumpuh
Kucai
"tangas" -
Bendi
bakar dan dimakan dalam kuantiti ganjil - Bagi Power, Try kalau tak pecaya :)
Kubis Bunga, kacang panjang, terung, kobis
sesiapa yang ada sakit kepala elakkan makan
Daun Merlong
balut ditempat yang lebam/bengkak - Bagi darah berjalan dan bengkak otot surut
Minyak Beruas
sapu di perut - Baik untuk perempuan bersalin/ buang angin
Tikar Bangau
ulam - Baik untuk Jantung
Baju Atas Kepala
Jangan letak baju yang dipakai diatas kepala/ lalu di bawah ampaian - Untuk elak sakit kepala
