Monday, February 9, 2009

Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku

Isu Kuasa Politik Perak

(1) Bekas MB Perak dari PR Mohd Nizar Jamaluddin
- Penderhaka kepada Sultan Perak berikutan tindakannya mengingkari perintah sultan dan mengeluarkan kenyataan menentang sultan perak( dilantik menjadi MB atas perkenan Sultan Perak ) yang pada permulaannya di tentang oleh DAP. sepatutnya berterima kasih kerana wujudnya undang-undang tubuh kerajaan negeri yang mewartakan MB hanya boleh terdiri dari kaum melayu dan lantikan MB mestilah mendapat perkenan oleh sultan. Nak harapkan DAP yang pilih, jangan harap!
- Sombong dan bongkak
- MB kepada satu kaum terutamanya kaum cina. sekiranya terdapat lebihan sisa-sisa peruntukan, barulah ianya diberi kepada kaum melayu dan kemudiannya kaum india
- Isu mesyuarat exco kerajaan negeri semasa pemerintahan hanyalah melibatkan isu tanah dan pemberian hakmilik tanah kepada kaum cina.
- Pak angguk kepada DAP
- Takut dan sangat patuh kepada exco terutama Nga Kor Ming dari DAP
- L berpendapat nizar ni akan berundur perlahan-lahan apabila agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri tidak melaksankan arahannya dari semasa ke semasa.

(2) Semasa proses angkat sumpah Mb yang baru dari BN di hadapan istana iskandariah k.kangsar, penunjuk perasaann hanya diwakili satu kaum iaitu kaum melayu sahaja walhal kebanyakkan faedah yang diperolehi semasa permerintahan PR hanya dinikmati oleh kaum cina iaitu DAP. Kenapa melayu pula yang terlebih-lebih kecoh? Jangan ikutkan emosi berdemontrasi kerana apabila musibah menimpa diri pasti tiada seorangpun wakil atau ketua parti politik yang hendak melawat kita di lokap nanti.

(3) Kenyataan media Karpal Singh yang menyalahkan Anuar Ibrahim, DAP dan mengancam keluar dari PR hanyalah dusta semata-mata. L berpendapat tujuan sebenar Karpal berbuat demikian adalah untuk mengalih pandangan masyarakat malaysia terutamanya kaum melayu yang sangat marah berikutan tindakan Karpal akan menyaman dan mempersoalkan tindakan Sultan Perak berkaitan perlantikan MB Perak Datuk Dr Zambri Kadir serta tindakan sultan perak tidak memperkenan untuk membubarkan DUN berikutan 3 ahli PR bertindakan keluar parti dan memilih menyokong BN. Kuasa budi bicara Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang termaktub di bawah Perlembagaan negeri itu adalah kuasa mutlak dan sebenar (real absolute power) yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

(4) BN terutamanya parti-parti komponen terutamanya MIC patut bermuhasabah diri kerana kelemahan BN bukan terletak di tangan UMNO semata-mata. apabila isu melibatkan jawatan exco Perak yang baru, nampaknya MIC yang lebih berminat tetapi apabila melibatkan isu-isu pilihanraya dan nasional, MIC lebih suka mendiamkan diri dan kurang agresif. "kerja sorang-sorang, makan sama-sama"

(5) L sangat teringin nak melihat rakyak terutamanya kaum lain seperti cina dan india bersama-sama memegang sepanduk Daulat Tuanku, Hidup Tuanku. :)

(6) BN mesti buktikan kepada rakyat yang rakyat masih memilihnya sebagai peneraju kerajaan di Malaysia ini melalui pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan DUN Bukit Selambau di Kedah berikutan Ahli Parlimen Pas Bukit Gantang, Roslan Shaharum, 50, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Batu Gajah dan tindakan V. Arumugam melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan Bukit Selambau. Nasihat L terutamanya kepada BN jangan banyak berjanji mengenai kelebihan yang akan diperolehi rakyat sekiranya memilihnya kerana rakyat sekrang sudah celik dan ideologi ahli politik lebih pandai daripada rakyat mestilah dihakis dan menganggap rakyat itu bodoh adalah perspektif yang salah. Ini kerana rakyat tidak hanya bergantung semata-mata kepada media elektronik untuk maklumat. Rakyat boleh mempersoalkan janji-janji manis kerajaan BN sebelum ini di pilihanraya Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen K.Terengganu. Adakah janji-janji tersebut telah dipenuhi?

(7) L suka melihat kaum cina yang kebanyakkan tindakan mereka ini di belakang pentas sahaja tetapi faedah yang diterima melimpah ruah. hanya gunakan akal dan fikiran bukanya fizikal untuk memperolehi sesuatu. Mereka juga tidak tamak dan kekayaan yang diperolehi dikongsi bersama sesama mereka. inilah tauladan yang mesti kita contohi. bukannya mengikut kata hati dan emosi semata-mata.

(8) suka L ketengahkan disini semasa terbitnya isu-isu nasional seperti kenaikan harga minyak tempoh hari dan terkini politik perak, L dapati terdapat ramai tokoh-tokoh seperti jurutera petronas bagi isu minyak dan tokoh-tokoh peguam bagi isu politik perak lahir bak cendawan membincangkan hal-hal begini di kedai-kedai kopi, pejabat-pejabat dan kaki-kaki lima jalan. dan kebanyakkan tokoh-tokoh jalanan ini sangat mahir berbicara dan L pehatikan kebanyakan isi cerita yang diketengahkan tidak disertai oleh bukti yang kukuh dan hanya emosi semata-mata. baik kita cermin-cerminkan diri kita dahulu sebelum kita memulakan bicara. cukupkah ilmu didada?

No comments: