Monday, February 9, 2009

scam alert: taktik nigerian scammer

1.Loteri yang anda menang
Biasanya ia kononnya daripada firma atau syarikat besar seperti coca cola, microsoft, yahoo, google, pepsi, toyota dan pelbagai lagi syarikat besar yang kononnya anda memenanginya walaupun anda tidak menyertai. Bagi mereka yang “rambang mata” duit berjuta yang kononnya telah dimenangi.Mereka pasti akan reply email tersebut.
Ajaibnya, email ini biasanya akan dibalas segera oleh scammer. Mereka akan meminta beberapa dokumen seperti ic,negara,alamat dan pelbagai lagi. Kemudian, mereka akan mengatakan ada masalah untuk transfer duit. Malah anda perlu membayar sejumlah tertentu untuk menuntut wang tersebut.
Biasanya mereka anda meminta untuk membayar menerusi Western Union atau perkhidmatan menghantar wang yang lain yang biasanya sukar untuk dikesan. Setelah mereka mendapat wang daripada anda, mereka akan meminta lagi kononnya tak cukup.
Bagi mereka yang terdesak, mereka akan membayar lagi. Maka anda akan bertambah rugi. Kemudian mereka akan lesap. Jadi jangan percaya jika anda menerima email loteri.Ia adalah SCAM.

2.Barangan Berjenama Dengan Harga Murah
Ia pernah didedahkan di Harian Metro sebelum ini apabila seorang doktor yang berkenalan di internet yang kononnya daripada UK.Ia sebenarnya daripada Afrika, ingatkan orang putih tapi orang hitam yang sebenarnya.:P
Mereka kononnya menghantar hadiah kepada anda. Barangan seperti beg tangan berjenama & pelbagai barangan kesukaan anda. Kemudian, mereka akan menyamar sebagai pihak kurier yang kononnya barangan anda disekat oleh pihak kastam dan meminta bayaran untuk “melepaskan” barangan tersebut.
Bagi mereka yang “lurus bendul” pasti akan cuba sedaya upaya untuk “melepaskan” barangan yang disekat kastam. Apabila anda membayar kali pertama, mereka akan email/call lagi yang mengatakan duit “tebusan” yang telah dibayar tidak mencukupi dan meminta anda membayar lagi. Bagi orang yang panik, mereka akan membayar lagi dengan harapan barangan tersebut dilepaskan oleh kastam.
Hakikat sebenar ialah tiada barang dihantar kepada anda. Mereka untung atas angin diatas kedaifan mereka ini. Inilah penyebab kerugian beribu ribu ringgit. Ramai mangsa tidak didedahkan atau tidak berani melaporkan kepada polis. Polis Malaysia pun tak boleh buat apa sebenarnya sebab ia melepasi sempadan bidang kuasa mereka dan sukar untuk mengesan penipuan ini.
Jadi jangan teruja kononnya “pakwe” mat salleh anda menghadiahkan anda hadiah tetapi ia tersekat oleh “kastam”. Lupakan sahaja. Jika betul, biar dia yang rugi dan bukan anda yang rugi.

3. Email Phising
Email phising atau email yang bertujuan untuk mencuri identiti. Biasanya apa yang dikejar gologan ini ialah username,password dan juga nombor kad kredit anda. Pastikan anda tidak sewenang wenang memberikan nombor kad kredit dan juga 3 angka securiti dibelakan kad kredit anda.
Scammer akan menghantar email yang kononya daripada bank anda atau payment prossessor seperti Paypal, Egold dan sebagainya. Bagi bank tempatan,ia biasanya didalangi rakyat tempatan atau rakyat asing yang berada di Malaysia. Bagi Paypal dan pelbagai payment gateway ini, ia didalangi oleh scammer nigeria.
Mereka akan menghantar email yang seakan akan daripada payment gateway yang meminta anda mengemaskini maklumat seperti username dan juga password anda begitu juga maklumat akaun anda yang lain.
Jika ia terjadi kepada anda, abaikan email tersebut. Anda hanya memasuki laman web yang berkenaan seperti internet banking,payment gateway menerusi URL atau Alamat web yang benar sahaja seperti Maybank2u.com.my, Paypal.com dan pelbagai lagi laman web bank serta penyedia perkhidmatan kewangan yang lain.
Jangan sesekali memasuki laman web menerusi link di email. Anda sebenarnya boleh melihat link disebalik url dari email dengan meletak kursor (anak panah mouse) atas url atau link di email berkanaan. Ia biasanya diarahkan ke laman web seakan akan laman web penyedia perkhidmatan kewangan berkenaan.
Jadi anda berhati hati ye. Jangan terberi maklumat sulit seperti username dan password anda. Begitu juga nombor kad kredit dan nombor security dibelakang kad kredit anda. Jika berlaku transaksi yang meragukan anda dipenyata kad kredit anda, sila laporkan segera. Transaksi berkenaan boleh direverse kembali.

4. Email Forwarding Riches
Contoh taktik ini ialah kononya Bill Gates sedang membahagi-bahagikan duit yang dia ada dengan forwardkan email kepada rakan rakan. Pada email berkenaan,diberikan testimoni yang kononnya mereka yang awal telah menerima duit daripada Bill Gates.
Memang Bill Gates sangat kaya. Tetapi dia tak sebodoh itu untuk memberikan wang kepada orang untuk forwardkan email. Email yang banyak diforward ini boleh diekploitasi oleh pihak tertentu. Inilah caranya bagaimana mereka mendapat email anda untuk tujuan scam selain mengunakan perisian email crawler/grabber.
Jika anda terima email sebegini, delete je. Jangan edarkan. Ia adalah scam atau tipu semata mata.
5.Wasiat Jutawan
Ia berjalan begini. Kononnya Seorang jutawan telah meninggal dunia dengan wang berjuta juta, tetapi warisnya tak dapat gunakan wang berkenaan. Warisnya meminta pertolongan untuk mengeluarkan wang menerusi akaun anda dan mereka menawarkan hadiah berjuta juga.
Ia biasanya daripada negera Afrika seperti Afrika Selatan,Ghana,Nigeria dan pelbagai lagi negara afrika malah ada juga daripada eropah. Kebanyakan negara terlibat adalah negara miskin. Agak pelik bukan? Ada “jutawan” nak kongsi duit wasiat dengan anda.

No comments: